Sabtu, 16 September 2017 | 7:34pm
ORANG ramai bantu menutupkan mayat selepas motosikal yang ditunggang merempuh sebuah lori, di Jalan Sandaka - Lahad Datu berdekatan Segaliud dalam perjalanan pulang dari program sambutan Hari Malaysia di Kinabatangan. - Foto Hazsyah Abdul Rahman

KEADAAN motosikal yang terbabit dalam kemalangan selepas merempuh sebuah lori, di Jalan Sandaka - Lahad Datu berdekatan Segaliud. - Foto Hazsyah Abdul Rahman
KEADAAN motosikal yang terbabit dalam kemalangan selepas merempuh sebuah lori, di Jalan Sandaka - Lahad Datu berdekatan Segaliud. - Foto Hazsyah Abdul Rahman
SEBUAH lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal, di Jalan Sandaka - Lahad Datu berdekatan Segaliud. - Foto Hazsyah Abdul Rahman
SEBUAH lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal, di Jalan Sandaka - Lahad Datu berdekatan Segaliud. - Foto Hazsyah Abdul Rahman

Maut pulang dari program Hari Malaysia

SANDAKAN: Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program sambutan Hari Malaysia di Kinabatangan, maut selepas motosikal ditunggang merempuh lori di Jalan Sandakan-Lahad Datu, berdekatan Segaliud dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, penunggang motosikal jenis Modenas Kriss, Mohd Noor Yusof, 19, dari Taman Cahaya Batu 12, di sini, dan pembonceng, Muhammad Luqman Samsul, 16, dari Kampung Kenangan Manis, Batu 12, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kinabatangan ke Sandakan, selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia.

"Motosikal ditunggang dipercayai gagal dikawal lalu bertembung dengan sebuah lori di laluan bertentangan.

"Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat.

"Pemandu lori terbabit dipercayai melarikan diri dan belum dapat dikesan, namun pemilik syarikat lori berkenaan sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Azhar berkata, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X