Sabtu, 16 September 2017 | 5:55pm
MAYAT mangsa, Idi' Arif ditemui kira-kira 60 meter dari lokasi dilaporkan lemas.
MAYAT mangsa, Idi' Arif ditemui kira-kira 60 meter dari lokasi dilaporkan lemas.

Remaja ditemui lemas

BACHOK: Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas mandi di Pantai Perkasa, Kampung Sungai Dua, di sini, hari ini.

Mangsa, Idi' Arif Idris, 16, ditemui jam 2.47 petang kira-kira 60 meter dari lokasinya terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairu Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.25 tengah hari.

Katanya, seramai tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Rohni dikejarkan lokasi kejadian.

"Usaha mencari dilakukan dan mangsa ditemui kira-kira satu jam setengah selepas dilaporkan terjatuh.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Berita Harian X