Sabtu, 26 Ogos 2017 | 4:09pm
ANGGOTA bomba menjalankan SAR bagi mengesan seorang remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di tali air di Hutan Melintang, Perak, tengah hari tadi. - Foto Ihsan Bomba

Remaja lemas di tali air, rakan hilang

TELUK INTAN: Seorang remaja lelaki lemas manakala rakannya masih hilang selepas kedua-duanya mandi di tali air Batu 8 1/2, Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah, berkata mayat Mohd Harris Daniel, 15, ditemui tersangkut di tebing oleh orang awam pada jam 12.10 tengah hari.

Katanya, operasi kini bertumpu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi remaja, Haikal Shukri, 15.

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pulau Pangkor turut membantu usaha SAR mangsa," katanya.

Tuan Soh berkata, mayat Mohd Harris diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Berita Harian X