Jumaat, 25 Ogos 2017 | 9:27pm

Petani disyaki rogol anak kandung ditahan polis

SARATOK: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Petani berusia 48 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok di rumahnya di sini, kira-kira jam 11 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata lelaki itu ditahan selepas anaknya memberitahu guru kaunseling di sekolah pada 17 Ogos lalu.

"Mangsa berusia 15 tahun mendakwa dirogol sebanyak tujuh kali sejak 2014. Kejadian pertama didakwa di sebuah pondok di kebun sawit ketika mangsa berumur 12 tahun.

"Kejadian seterusnya didakwa berlaku berlaku di rumah mereka," katanya.

Dev berkata, suspek akan direman mulai esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Berita Harian X