Isnin, 14 Ogos 2017 | 5:55pm
JARI kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang tersepit pada alat permainan fidget spinner. - Foto Ihsan Bomba

Jari bengkak terlekat di 'fidget spinner'

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bengkak jari apabila terlekat pad alubang 'fidget spinner' di rumahnya.

Mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud pada jam 6.50 petang semalam sebelum pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan alat permainan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Kota Belud pada jam 6.59 petang.

"Seramai lapan anggota kemudian ke hospital berkenaan dan sebaik tiba, kita dapati jari tengah tangan kanan kanak-kanak itu tersepit pada lubang alat permainan spinner dan membengkak.

"Kita mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi.

Rozlan berkata, mangsa kemudian diberi rawatan lanjut di hospital berkenaan.

Berita Harian X