Selasa, 8 Ogos 2017 | 8:11pm
KEADAAN dua lori yang bertembung hingga mengakibat seorang maut dan tiga cedera dalam satu kemalangan di Jalan Junjung, Kulim, di Kulim, hari ini. - Foto Ihsan bomba
KEADAAN dua lori yang bertembung hingga mengakibat seorang maut dan tiga cedera dalam satu kemalangan di Jalan Junjung, Kulim, di Kulim, hari ini. - Foto Ihsan bomba

Seorang maut dua lori bertembung

KULIM: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah lori pasir di Jalan Junjung di sini, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Ahmad Ismail, 47, maut selepas tersepit di tempat duduknya manakala tiga lagi mangsa termasuk pemandu lori pasir hanya cedera.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai tiba di lokasi kejadian 11 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 petang.

"Apabila tiba di lokasi, kami dapati kemalangan membabitkan sebuah lori pasir dan lori barang dengan seorang daripada empat mangsa tersepit.

"Usaha menyelamat untuk mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan sebelum mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan," katanya.

Berita Harian X