Sabtu, 15 Julai 2017 | 3:03pm
Keadaan kereta seorang jururawat yang terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Lekir, dekat Sitiawan awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca
Keadaan kereta seorang jururawat yang terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Lekir, dekat Sitiawan awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

Jururawat maut kereta rempuh lori

Keadaan kereta seorang jururawat yang terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Lekir, dekat Sitiawan awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca
Keadaan kereta seorang jururawat yang terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Lekir, dekat Sitiawan awal pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

SITIAWAN: Seorang jururawat maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Lekir dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 pagi itu, mangsa Siti Aishah Khamis, 28, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Seri Manjung (HSM) akibat cedera parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, mangsa yang beralamat di Rumah Kediaman (RK) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, bertugas di Hospital Teluk Intan dan dalam perjalanan ke tempat kerja manakala lori terbabit dari arah Lekir ke Seri Manjung.

"Dipercayai lori yang dipandu lelaki berusia 54 tahun keluar dari simpang dan disebabkan jarak yang terlalu dekat menyebabkan mangsa melanggar bahagian sisi kanan lori itu.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan dikejarkan ke HSM namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.10 pagi manakala pemandu lori tidak cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Bhoo Khim berkata, kes disiasat  mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X