Jumaat, 26 Julai 2019 | 12:27pm
DATUK Chef Wan (kiri) bersama Pengarah Besar Jualan dan Pemasaran Heartland Fruit, Brendon Osborn serta Pengarah Besar Gaya Hidup dan Peruncitan GCH Retail, Hanry Chan Huan Yih di pelancaran New Zealand Apples dalam Kempen Amboi Ambrosia, di Giant Hypermarket Kota Damansara. - Foto Supian Ahmad

Epal tingkat sistem imun badan, elak jangkitan

PENGAMBILAN buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mencegah penyakit, meningkatkan daya ketahanan badan selain menjadi sumber makanan seimbang.

Makan buah-buahan setiap hari dan melebihkan sayuran hijau mencukupi untuk mendapat vitamin A, B6 dan C.

Khasiat lain termasuk tinggi asid folat-folasin; mineral seperti kalium, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium dan serat.

Pengambilan epal, contohnya antara pilihan snek sihat membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari. Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C.

Laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat.

Manfaat epal

Menawarkan pelbagai manfaat kesihatan kerana kaya antioksidan, berperanan meningkatkan sistem imun melawan penyakit dan sebiji buah bersaiz sederhana mempunyai empat gram serat yang dikenali sebagai pektin.

Manfaat lain termasuk mengelakkan masalah gigi reput, menurunkan paras bakteria dalam mulut dan menjadikan gigi lebih sihat dan putih.

Pengambilan sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelakkan daripada makan berlebihan.

Kandungan serat tinggi membantu mengurangkan rasa lapar, seterusnya mengawal berat badan dalam jangka panjang, selain alternatif murah dan mudah menyingkirkan toksin daripada hati, untuk sistem badan lebih sihat. Epal merah membekalkan antioksidan yang antaranya mengurangkan risiko pembentukan katarak.

Merah atau hijau

Lazimnya ramai memilih epal hijau berbanding merah kerana mengandungi lebih banyak nutrisi terutamanya di bahagian kulit. Sebaiknya jangan membuang kulitnya.

Cuka dalam epal berupaya merawat masalah penghadaman kerana kandungan antibiotik, melegakan sakit tekak selain mengurangkan kadar kolesterol.

Bagi kepelbagaian hidangan, epal merah manis dari Nelson, New Zealand dengan jenama Ambrosia, disajikan penuh enak oleh tukang masak tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan yang mencipta tiga resipi mudah iaitu acar epal Ambrosia, sup labu tomyam dan salad sotong panggang.

Menggunakan epal keluaran Heartland Fruit, ikon masakan membawakan keunikan selera klasik tempatan dengan sajian selera antarabangsa menerusi kempen Amboi Ambrosia, memilih epal sebagai menu utama.

Pengarah Besar Heartland Fruit, Brendon Osborn, berkata disediakan resipi mudah menggunakan epal sebagai bahan utama.

“Kita teruja menjayakan kempen itu kerana yakin usaha ini memberikan rasa lebih dinamik khususnya dalam menu masakan tempatan," katanya.

Bagi Cef Wan, mudah baginya menciptakan resipi ringkas tetapi enak dengan ketiga-tiganya menggunakan epal manis dan rangup.

Katanya, tiga resipi itu adalah Ambrosia grilled calamari salad, sup labu tomyam dengan Ambrosia Apples, Ambrosia Apple chutney yang begitu membuka selera.

Info

Sajian epal

* Pie

* Salad

* Acar buah

* Sup kuah epal Ambrosia

* Epal Ambrosia dibangunkan pada 1913

* Keluasan 40 peratus pengeluaran epal di New Zealand.

* Faktor cuaca baik, 2,000 jam sinaran matahari, lokasi berdekatan laut mewujudkan ladang segar, enak dan epal berkhasiat.

* Pilihan epal lain iaitu: Luv'ya iaitu epal jenis Royal Gala, Fuji dan Braeburn.

Berita Harian X