Jumaat, 23 November 2018 | 8:40am
BERGAMBAR dengan hasil lukisan yang menjadi inspirasi untuk terus berkarya. - Foto Hafiz Sohaimi

Lukisan bantu hilangkan kekusutan fikiran

KUALA LUMPUR: Seni lukis kreatif berlatarbelakangkan alam semula jadi antara karya yang memerlukan kreativiti yang tinggi untuk dihasilkan, sekali gus karya itu mampu memberi terapi diri untuk nilai kehidupan lebih tenang.

Justeru, pelukis, Nor Aishah Alli, 36, memilih bidang itu yang hasil karya berdasarkan alam semula jadi menjadi terapi beliau menenangkan minda, selain mampu menjana pendapatan menguntungkan.

Katanya, melukis menghilangkan kekusutan fikiran, menjadi terapi sepanjang melengkapkannya sebagai karya sempurna.

Beliau membina keyakinan dan komited menghasilkan lukisan yang memerlukan ketelitian, sentuhan supaya tampak hidup dan mempunyai daya tarikan tersendiri.


PENYANYI, Aishah, menafikan lagu baharunya, Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan, dikeluarkan dengan tujuan menyindir pihak tertentu. - Foto Zulfadhli Zulkifli

“Minat mendalam terhadap dunia seni lukis membulatkan tekad saya mengambil keputusan melepaskan jawatan di syarikat kejuruteraan bagi menumpukan perhatian sebagai pelukis sepenuh masa.

“Keputusan itu bukan sahaja membuka lembaran kerjaya baharu, malah mencipta sejarah apabila diberi kepercayaan mempamerkan lebih 50 karya secara solo pada Sabtu dan Ahad ini,” katanya.

Memilih karya lukisan cat yang mana pilihan itu kata Nor Aishah, lebih terarah kepada motif semula jadi hasil seninya mempunyai ramai peminat dan sesuai untuk hiasan dinding.

“Semuanya kerana terdorong mahu melakukan sesuatu yang mencabar dan memberikan kepuasan berbanding kerjaya sebelum ini yang diceburi kira-kira 13 tahun. Terjemahan bagi setiap ilham ini adalah apa yang diminati sejak kecil.


AISHAH kini muncul bersama single terbaru ciptaan Hazami berjudul Malar. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

“Ketika berkarya, saya perlu sentiasa tampil bersama idea baharu, selain kesungguhan dan kesabaran untuk menyempurnakan secara kreatif bagi menarik minat pembeli,” katanya yang menjadikan pelukis tempatan, Fajar Ungu dan laman sosial “paint with Kelvin” di Youtube sebagai sifu.

Beliau berkata, keputusan beralih bidang sekitar Disember 2016 menjadi titik tolak kerjaya baharu di samping mengajar seni kepada peminat seni di galeri miliknya iaitu Isyah Art Gallery.

“Melukis menggunakan warna minyak sangat mencabar, karya memerlukan kita membuat banyak lapisan supaya warnanya jelas dan terang, berbeza lukisan geometri, abstrak, potret atau futuristik,” katanya.


MEMUPUK semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat menerusi karya lukisan. - Foto

Anak kelahiran Ipoh, Perak yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Struktur dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mengakui segala-galanya bermula apabila beliau melukis gambar hiasan kediaman yang baharu diduduki.

“Ramai memuji dan meminta saya menyiapkan lukisan untuk mereka hingga, dalam tempoh hampir dua tahun kira-kira 50 hasil seni sudah terjual.

“Jualan ini menyuntik semangat untuk berusaha kerana memberikan pulangan berbaloi,” katanya.

Katanya, pameran bertemakan alam semula jadi diharap sebahagian daripada usaha beliau memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Namun, keindahan itu semakin terhakis kerana kerakusan manusia menebang pokok, menarah bukit, mencemarkan alam hingga sukar mencari keaslian keindahan sebenar.

Justeru, menerusi pameran ini juga, ilham seni bermotifkan alam sekitar mencapai sasaran,” katanya yang mengadakan pameran Aishah Solo Art Exhibition di WK Bungalow, No 30, Jalan Dato Abu Bakar, Seksyen 16, Petaling Jaya.

Dibuka secara eksklusif tetamu boleh mengesahkan kehadiran menerusi https://aishahsoloartexhibition.rsvpify.com dan

Berita Harian X