Isnin, 28 Oktober 2019 | 3:51pm
Alat peranti sebagai inovasi penjagaan wajah yang lebih praktikal dan menjimatkan masa. - Foto hiasan

Rawat muka 30 saat dengan peranti kecantikan

Mahu tampil ayu jelita bukan suatu yang sukar jika individu mengamalkan rejim kecantikan sebagai rutin harian.

Malah, mereka boleh menjadi juruterapi kecantikan tanpa perlu ke salun atau khidmat pakar aestetik untuk membelai, mengurut dan mencuci wajah yang dilakukan sendiri menggunakan alat peranti.

Justeru, kemunculan pelbagai peranti penjagaan wajah bertindak sebagai inovasi kecantikan membolehkan individu merawat wajah dengan lebih praktikal dan menjimatkan masa, hanya di rumah serta mudah di bawa ke mana-mana .

Peranti kecantikan mampu dimanfaat kos yang jauh lebih murah untuk tempoh jangka panjang.


Foreo’s Luna 3, peranti yang berfungsi membersih dan menganjalkan wajah dengan hingga ke liang pori-pori.

Contohnya, produk Foreo’s Luna 3, iaitu alat peranti jenama kecantikan dari Sweden ini berfungsi membersih dan menganjal wajah secara tepat dan mendalam .

Peranti mudah alih itu membekalkan bahan aktif ke dalam kulit dengan suhu, getaran dan cahaya menjadikannya lebih berkesan merawat masalah seperti kedutan, bintik hitam dan kulit kusam.

Peranti kecil mudah digenggam didatangkan dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) dan getaran sonik bertindak membelai lembut pada jelapang wajah sambil membersih secara menyeluruh menusuk ke liang roma.

Kaedahnya mudah, hanya perlu set masa mengikut jenis rawatan rutin dikehendaki dengan tiga pilihan, iaitu terdiri daripada peranti jenis sensitif, normal dan kulit jenis kombinasi.

Boleh set waktu dengan 16 intensiti denyutan, teknologi baharu yang membolehkan pengguna melakukan rutin penjagaan dengan lebih berkesan dan mudah serta mudah dibawa ke mana-mana.


Alat peranti bertindak membersih kekotoran, minyak, solekan dan toksin melalui getaran berputar serta membantu mengecilkan pori-pori.

Sementara itu, jenama kecantikan dari Amerika Syarikat, Nu Skin turut menyediakan peranti, Age LOC LumiSpa pula bertindak membersih kekotoran, minyak, solekan dan toksin melalui getaran berputar sekali gus mengecilkan pori-pori.

Dilengkapi berus silikon lembut yang mengandungi perak antimikrob, mengurut wajah dan lingkaran bawah mata dalam tempoh 30 saat dengan gerakan putaran berdenyut menjadikan kulit lebih mulus dan cerah.

Mesin peranti mudah alih bersaiz genggam dengan kepala hujung pemutarnya diperbuat daripada sikilon bergerak lembut pada frekuensi tepat berfungsi mengurut secara perlahan di sekitar bawah dan tepi mata.

Dipakai bersama IdealEyes Activating Cream Eye dari jenama sama, mampu mengoptimumkan dan meremajakan kulit supaya sihat dan segar.

Berita Harian X