Isnin, 25 September 2017 | 10:47am

Dermaplane kembalikan seri wajah

RAWATAN Dermaplane bantu atasi kulit kusam, tidak bermaya. - Foto hiasan
RAWATAN Dermaplane bantu atasi kulit kusam, tidak bermaya. - Foto hiasan

KULIT kering, kusam, tidak bermaya dan berjeragat, antara masalah yang tidak dapat dielak berpunca daripada pelbagai sebab.

Keadaan persekitaran, perubahan cuaca, diet tidak seimbang dan penggunaan produk dan solekan berlebihan boleh memberi kesan pada kulit.

Jika tidak dijaga rapi dan tiada rawatan segera ia boleh mendatangkan masalah, antaranya sel kulit mati kekal pada wajah.

Dermaplane, antara rawatan selamat yang boleh dicuba bagi menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.

Ia adalah rawatan mengikis permukaan atas kulit bagi membuang sel mati dengan menggunakan pisau khas iaitu Carban Steel Strelie Sugival Balde.

Teknik ini adalah proses pengelupasan kulit mati tanpa menggunakan bahan kimia, tetapi hasilnya membantu menghasilkan kulit lebih lembut, menyingkirkan rerambut halus yang memerangkap kotoran dan minyak.

Ia juga boleh menghilangkan parut jerawat, mengurangkan kedutan dan membuang bulu halus pada wajah.

RAWATAN Dermaplane menggunakan pisau khas untuk mengikis permukaan kulit atas. - Foto hiasan
RAWATAN Dermaplane menggunakan pisau khas untuk mengikis permukaan kulit atas. - Foto hiasan

Selepas proses dermaplane, kulit akan mengelupas dan seelok-eloknya dilakukan dua minggu sekali oleh pakar estetik bertauliah bagi menjamin keselamatan.

Rawatan ini tidak sesuai untuk individu yang ada jerawat yang aktif, kulit sensitif dan terlalu berminyak bagi mengelak kesan buruk pada kulit.

Apa yang pasti, individu yang melakukan rawatan berkenaan akan merasai pengalaman yang mengagumkan.

Rawatan ini membantu menghalus, mencerah, menyinar dan menyerikan wajah.

Artikel ini disumbang oleh Pakar Estetik Klinik Pesona, Dr Abdul Jamil Jamal Buhari

Berita Harian X