Selasa, 19 Oktober 2021 | 10:33am
Kongsi kisah antara pesakit kanser payudara beri motivasi dan inspirasi lawan penyakit.- Foto hiasan
Kongsi kisah antara pesakit kanser payudara beri motivasi dan inspirasi lawan penyakit.- Foto hiasan

30 peratus wanita berisiko tinggi hidap kanser payudara

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) meningkatkan kefahaman mengenai kanser payudara metastatik (mBC) berikutan hampir 30 peratus wanita berisiko tinggi mencapai ke tahap metastatik.

Justeru, melalui kempen #UNPAUSE yang disokong Pfizer Malaysia ia akan menjadi sebahagian usaha menarik perhatian rakyat mengenai mBC dan memfokus kepada meraikan peranan penting penjaga dalam menyokong pesakit mBC khususnya ketika pandemik COVID-19.

Ia juga sebagai satu pengiktirafan kepada usaha keras penjaga pesakit kanser selain berkongsi kisah mereka supaya dapat menjadi motivasi dan inspirasi kepada yang lain.

Presiden BCWA, Ranjit Kaur, berkata kanser payudara adalah kanser paling lazim dialami wanita di seluruh dunia dan meskipun di kenal pasti pada peringkat awal, namun hampir 30 peratus daripadanya berisiko tinggi berkembang ke tahap metastatik.

Katanya, kesan emosi akibat mBC mampu mempengaruhi tanggapan pesakit terhadap diri sendiri serta cara mereka berkomunikasi, menjalani kehidupan seharian dan disinilah kritikalnya peranan penjaga yang cekap bagi memberi kebaikan fizikal serta emosi pesakit kepada pesakit.

"Apabila didiagnosis dengan mBC, pesakit berasakan kehidupan terganggu dan ia boleh membawa kesan emosi dan fizikal yang sukar tetapi mereka tidak perlu menghadapinya seorang diri.

"Pesakit perlu tahu adanya sokongan luar untuk membantu mereka meneruskan kehidupan malah kini ada komuniti dalam talian yang dapat memberikan dorongan dan sokongan emosi kepada pesakit mBC.

"BCWA bangga dapat bekerjasama dengan Pfizer bagi membantu pesakit meneruskan kehidupan mereka yang terkesan disebabkan mBC melalui kempen #UNPAUSE," katanya.

Pemeriksaan berkala bantu kesan awal kanser payudara. Foto hiasan
Pemeriksaan berkala bantu kesan awal kanser payudara. Foto hiasan

Beliau berkata, kehidupan seorang penjaga kerap kali terganggu akibat tanggungjawab yang digalas mereka.

Ranjit Kaur
Ranjit Kaur

Selain tugas sebagai penjaga, kebanyakan mereka mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan keluarga.

"(Pelakon Amerika Syarikat) Edward Albert pernah berkata, tugas menjaga adalah tugas seorang perwira.

Ranjit Kaur
Ranjit Kaur

"Justeru, melalui kempen #UNPAUSE pada tahun ini, kami ingin mengetengahkan penjaga pesakit mBC sebagai mengiktiraf usaha dan berkongsi kisah mereka bagi memberi motivasi dan inspirasi kepada penjaga lain," katanya.

Berita Harian X