Selasa, 19 November 2019 | 4:54pm
ANTARA barangan dari Mexico yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
ANTARA barangan dari Mexico yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
ANTARA barangan dari Morroco yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
ANTARA barangan dari Morroco yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
ANTARA barangan dari Ukraine yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
ANTARA barangan dari Ukraine yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Isteri diplomat kutip dana sumbang kepada badan kebajikan

KUALA LUMPUR : Persatuan Isteri Wakil Ketua-Ketua Diplomat di Malaysia (SOHOM) yakin dapat mengumpul dana berjumlah RM200,000 menerusi penganjuran jualan amal SOHOM International Charity Bazar 2019 berlangsung di hotel JW Marriot di sini, hari ini.

Program kali kedua berskala besar dijayakan 49 ahli SOHOM, mewakili negara masing-masing serta 16 vendor dari seluruh dunia.

Presiden SOHOM , Triana Nechytaylo, berkata antara wakil negara yang memeriahkan bazar berkenaan ialah Kuwait, Morocco, Argentina, Ukraine, China, Indonesia, Jepun, Turki dan Filipina.

Triana Nechytaylo menjawab soalan media pada jualan amal SOHOM International Charity Bazar 2019 yang dianjurkan SOHAM. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Triana Nechytaylo menjawab soalan media pada jualan amal SOHOM International Charity Bazar 2019 yang dianjurkan SOHAM. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Beliau berkata, peserta mengambil peluang menjual selain memperkenalkan produk negara masing-masing antaranya sajian tradisional, barangan perhiasan rumah, alat solek, barangan penjagaan kulit dan pakaian.

Katanya, dianggarkan 30 peratus hasil keuntungan jualan disalurkan kepada lebih 10 rumah kebaikan terpilih di seluruh negara.

“Antara rumah kebajikan yang akan mendapat bantuan dana SOHOM ialah Happiness Centre di Melaka, Global Street Missions Malaysia, Make A Wish dan Asrama Cahaya Rumah Wanita Cacat Bukit Nanas,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program berkenaan.

Beliau berkata, bazar ini bukan sekadar menjual, mempromosi dan memperkenalkan keunikan produk dari negara luar kepada pengunjung tetapi objektifnya menggalakkan ahli menyalurkan bantuan kepada komuniti di negara ini.

ANTARA barangan dari Yaman yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
ANTARA barangan dari Yaman yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

ANTARA barangan dari Azerbaijan yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
ANTARA barangan dari Azerbaijan yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

“Kita mahu memberikan semula kepada masyarakat terutama kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan, anak yatim, rumah orang tua dan orang kurang upaya. Agihan sumbang diberikan dengan kerjasama badan bukan kerajaan lain,” katanya.

Penganjuran bazar tahun ini dibuka kepada umum selepas diadakan pada skala kecil-kecilan secara tertutup bermula 2016. Seramai lebih 4,000 pengunjung membanjiri dewan hotel bagi memberi sokongan dan memeriahkan acara berkenaan.

Nechytaylo berkata, penyertaan tahun ini meningkat 50 peratus berbanding pada program pertama disertai 20 negara saja. Diharapkan acara ini dapat dijadikan sebagai program tahunan.

Pemilik jenama pakaian Batik Secret, Maureen Clarke, dari Argentina, berkata aktiviti kebajikan ini memberi peluang lebih ramai peserta berbakti kepada individu yang memerlukan.

Pemilik jenama pakaian Batik Secret, Maureen Clarke, dari Argentina. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Pemilik jenama pakaian Batik Secret, Maureen Clarke, dari Argentina. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

MAUREEN Clarke menunjukkan koleksi batik moden yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
MAUREEN Clarke menunjukkan koleksi batik moden yang dijual di SOHOM International Charity Bazar 2019. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

“Bazar ini suatu yang menarik kerana sambil beramal dengan membelanjakan wang, peserta dan pengunjung berpeluang melihat pelbagai keunikan budaya, produk dijual serta tarian tradisional acara berlangsung,” katanya yang menampilkan koleksi santai bermotifkan batik hasil kerjasama pereka batik dari Terengganu.

Berita Harian X