Selasa, 7 Ogos 2018 | 10:47am

Sihat dan ceria minum susu

SUSU adalah minuman berkhasiat yang memiliki pelbagai jenis zat yang diperlukan untuk tubuh. Ia adalah sumber kalsium dan vitamin D serta nutrien yang penting untuk tulang.

Piramid Makanan Malaysia menyarankan pengambilan dua hingga tiga sajian susu dan produk tenusu setiap hari. Maknanya, minum tiga gelas susu sehari ataupun segelas susu dengan secawan yogurt dan sekeping keju sehari.

Pakar pemakanan pula menyatakan, susu dicipta sebagai menu semula jadi yang paling lengkap dan sesuai untuk seisi keluarga kerana ia memiliki manfaat berbeza-beza seiring dengan usia individu.

Di Malaysia, masalah kekurangan nutrisi penting sentiasa berlaku dan bukan saja disebabkan pemilihan makanan, perubahan tabiat gaya hidup masyarakat juga menjadi salah satu sebab anda mengalami Hidden Hunger.

Hidden Hunger iaitu istilah yang menggambarkan keadaan kurang nutrisi seperti vitamin dan mineral. Akibatnya, tubuh tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik serta boleh mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bagi kanak-kanak, pengambilan susu berperanan penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tumbesaran mereka.

Amalan gaya hidup sihat sejak kecil, termasuk minum susu secara rutin akan membantu tumbesaran serta mencapai potensi mereka sepenuhnya.

Begitu juga remaja, perlu minum susu setiap hari untuk perkembangan jaringan tubuh supaya dapat membesar dalam gaya hidup sihat sejahtera dan lebih aktif secara fizikal.

Dengan membina tulang kuat menerusi amalan pengambilan susu, mereka boleh aktif dan membabitkan diri dengan aktiviti sihat atau lasak seperti bersenam, bermain bola sepak, berbasikal dan sebagainya.

Manfaat susu bagi orang dewasa atau usia produktif pula adalah untuk memelihara sel dan jaringan dalam tubuh. Ia juga bermanfaat sebagai pencegahan penyakit seperti osteoporosis, kanser usus besar dan sebagainya.

Apabila lanjut usia, pengambilan menu harian tidak lagi sama seperti ketika masih muda. Hal ini mengakibatkan tubuh memerlukan protein dan kalsium tambahan untuk melengkapi keperluan harian tubuh.

Dengan kandungan protein lengkap yang terkandung dalam susu, ia membantu kepadatan jisim tulang mereka supaya tidak mudah rapuh atau patah.

Walau berapa pun usia anda, jangan abaikan pengambilan susu dalam rutin harian dan pastikan ia diambil dengan secukupnya.

Pengambilan susu Nestlé Everyday setiap hari boleh memenuhi jurang nutrien dalam pengambilan makanan. Oleh itu, lengkapkan nutrisi keluarga anda dengan susu Nestlé Everyday untuk hidup lebih sihat dan lebih riang. Sambil melengkapkan nutrisi keluarga anda, jangan lupa dengan peraduan “Sertai & Menang”. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seisi keluarga. www.dearnestle.com.my

Berita Harian X