Jumaat, 15 Disember 2017 | 8:33am
NUR 'Izzah 'Atiqah Ahmad ketika bertugas di bengkel Cycle & Carriage Bintang, cawangan Petaling Jaya. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Gadis 'minyak hitam'

KUALA LUMPUR: Agak janggal melihat wanita bekerja sebagai mekanik di bengkel, bergelumang dengan minyak enjin, kotoran, habuk dan sebagainya yang biasanya di dominasi lelaki.

Ditambah stigma masyarakat wanita tidak mempunyai pemahaman mendalam mengenai kereta, agak mustahil mereka menceburkan diri dalam bidang ini.

Berbeza bagi wanita muda, Nur 'Izzah 'Atiqah Ahmad, 25, pandangan sinis lelaki dan stigma itu membuatkan beliau rasa lebih tercabar, justeru, menganggap tiada apa yang mustahil jika ia dilakukan bersungguh-sungguh.

Nur 'Izzah 'Atiqah berjaya membuktikan beliau layak, malah menjadi wanita tunggal sebagai juruteknik bengkel untuk kenderaan mewah, di Cycle & Carriage Bintang Berhad, yang menjual kenderaan jenama Mercedes Benz.

Penampilan bertudung dengan berseluar dan kemeja-T berkolar, beliau kelihatan tangkas membuat kerja tanpa ambil kisah tangan dan baju kotor dengan minyak hitam.

NUR 'Izzah 'Atiqah Ahmad ketika bertugas di bengkel Cycle & Carriage Bintang, cawangan Petaling Jaya. - Foto Khairul Azhar Ahmad
NUR 'Izzah 'Atiqah Ahmad ketika bertugas di bengkel Cycle & Carriage Bintang, cawangan Petaling Jaya. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Bukan calang-calang wanita boleh memperbaiki kereta mewah itu yang sememangnya memerlukan kemahiran dan kepakaran tertentu memandangkan sistem kenderaan digunakan sentiasa diperbaharui.

Nur 'Izzah 'Atiqah berkata, apabila kemahiran dan ilmu dipelajari digabungkan, tidak ada yang sukar, malah setiap hari menyeronokkan kerana dapat menyelesaikan masalah setiap kenderaan.

Katanya, apabila memilih juruteknik bengkel ini sebagai karier utama, kotoran dan minyak adalah perkara biasa, namun apa yang lebih menggembirakan hati apabila melihat kenderaan diperbaiki berada di atas jalan raya.

"Ketika itu, saya rasa bangga dan teruja kerana mampu menyelesaikan masalah pelanggan. Justeru, tiada beza lelaki atau perempuan kerana anda melakukan perkara yang sama.

NUR 'Izzah 'Atiqah Ahmad (kiri) bersama rakan sekerja ketika bertugas di bengkel Cycle & Carriage Bintang, cawangan Petaling Jaya. - Foto Khairul Azhar Ahmad
NUR 'Izzah 'Atiqah Ahmad (kiri) bersama rakan sekerja ketika bertugas di bengkel Cycle & Carriage Bintang, cawangan Petaling Jaya. - Foto Khairul Azhar Ahmad

"Cuma yang membezakan adalah tenaga digunakan dua kali ganda daripada lelaki. Itu adalah lumrah, tetapi jika sudah minat, ia tidak menjadi halangan," katanya kepada BH.

Beliau mengikuti kursus di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia pada Julai 2014 dan mempunyai sijil Mercedes-Benz dalam Latihan Mekatronik Automotif, Juruteknik Penyelenggaraan Berkelayakan dan Sijil Kemahiran MARA Tahap 3.

Kini selepas tiga tahun bekerja, beliau masih lagi belajar dan mengikuti kursus di Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia untuk juruteknik diagnosis berkelayakan.

Menceritakan kembali bagaimana beliau terbabit dalam bidang ini, Nur 'Izzah 'Atiqah berkata, semuanya bermula apabila ayah dan adik lelakinya berpendapat wanita tidak mempunyai sebarang kepakaran untuk memperbaiki kenderaan.

JURUTEKNIK bengkel Cycle & Carriage Bintang, Nur 'Izzah 'Atiqah Ahmad. - Foto Khairul Azhar Ahmad
JURUTEKNIK bengkel Cycle & Carriage Bintang, Nur 'Izzah 'Atiqah Ahmad. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Ada kalanya ada kata-kata sinis berkaitan wanita dalam bidang automotif justeru membuatkan beliau tercabar dan mahu membuktikan telahan itu silap.

"Arwah ayah pernah menyuarakan, ingin melihat saya berjaya dalam bidang perubatan. Saya lebih cenderung dalam bidang automotif, arwah ayah tidak memaksa dan menyokong keinginan saya.

"Saya menjelaskan sebagai mekanik kereta ini sama saja seperti doktor. Konsepnya sama iaitu memulihkan cuma kaedah dan peralatannya digunakan berbeza," katanya.

Katanya, suatu hari arwah ayahnya terlihat iklan perantis daripada Mercedes-Benz Malaysia dan menyuruh untuk memohon, rezeki berpihak kepadanya hingga tamat kursus berkenaan.

"Saya masih ingat, ketika belajar buka tayar Mercedes-Benz, saya terjatuh sebab berat dan besar. Budak lelaki hanya tengok saja, tetapi lepas tahu bagaimana teknik untuk mengangkatnya, senang saja.

"Selain itu kereta pertama saya baiki ialah tukar 'breakpad' Mercedes-Benz kelas C 204. Alhamdulillah saya berjaya buat. Saya langsung tidak menyesal memilih bidang ini kerana setiap hari dilalui sangat menyeronokkan.

"Malah dengan kemahiran dan kepakaran ini, saya boleh menolong rakan-rakan saya bila menghadapi masalah dengan kereta mereka," katanya.

NUR 'Izzah 'Atiqah Ahmad. - Foto Khairul Azhar Ahmad
NUR 'Izzah 'Atiqah Ahmad. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Bintang Berhad, Wilfrid Foo, berkata kebolehan Nur 'Izzah 'Atiqah tidak pernah dibezakan antara pekerja lelaki dan wanita asalkan masing-masing memenuhi kriteria diperlukan.

Katanya, kehadiran gadis manis berkenaan berada dalam bidang ini sangat istimewa memandangkan pekerjaan ini di dominasi lelaki.

"Kami tidak membezakan gender kerana kemahiran dimiliki oleh setiap juruteknik adalah sama. Kemasukan mereka juga adalah berdasarkan meritokrasi. Jadi layanan tetap sama.

"Jika ada wanita yang berminat dan mempunyai kriteria ditetapkan, kami terbuka menerimanya. Tiada kekangan asalkan mereka juga mempunyai keupayaan dan minat untuk bekerja dalam bidang ini," katanya.

Berita Harian X