Ahad, 27 Ogos 2017 | 11:04pm
PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
PEMAIN Malaysia, An Najwa Azizan (tengah) cuba melepasi halangan daripada pemain Brunei, Nur Syuhaidah Fahriyana Sukri (kiri) pada aksi separuh akhir bola jaring Sukan SEA KL2017 di Stadium Juara. - Foto NSTP/Syarafiq Abd

Serikandi bola jaring negara

KETERUJAAN mereka jelas terlihat saat masing-masing siap didandan dan diberikan sentuhan solekan. Apatah mereka bukanlah gadis yang gemar ditata rias disebabkan kebanyakan masa diluangkan berlatih di gelanggang.

Wajah manis tiga serikandi emas Sukan SEA 2017 yang menyumbang pingat emas menerusi acara bola jaring itu terserlah serinya selepas diberikan sentuhan magik jurusolek artis, Nurul Anis Shahida Abdul Aziz.

Ia menampakkan sisi berbeza buat tiga rakan sepasukan yang kebiasaannya lebih selesa berbaju T ketika berlatih bola jaring. Mereka mengakui tidak pernah mengenakan sedikitpun calitan solekan kerana merasakan tiada berkepentingan untuk berbuat demikian.

Nama An Najwa Azizan, 20 mula meniti di bibir netizen yang kagum aksi lincahnya menjaringkan bola ketika perlawanan menentang Singapura bagi meraih emas sulung skuad bola jaring negara.

Biarpun berwajah polos, gadis manis ini berjaya mencuri perhatian dan dianggap penyeri pasukan ditambah dengan raut wajah jelita menjadikan setiap aksinya tidak lepas dari pandangan dan tumpuan ramai.

PEMAIN bola jaring kebangsaan, Nur Fariha Razak (tengah) An Najwa Azizan (kiri) dan Norashikin Kamalzaman di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
PEMAIN bola jaring kebangsaan, Nur Fariha Razak (tengah) An Najwa Azizan (kiri) dan Norashikin Kamalzaman di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Mungkin ramai yang belum tahu, An Najwa, yang memiliki lima beradik dan mempunyai ketinggian kira-kira 178 sentimeter (cm) ini adalah anak keempat kepada bekas pemain ragbi kebangsaan, Azizan Azmi.

Biarpun mengenakan solekan tipis, An Najwa tampil feminin dengan busana longgar dari rona hitam, 'menyembunyikan' imej kasar yang seakan menjadi identitinya sebelum ini.

"Sejujurnya saya tidak mempunyai alat solekan hatta bedak sekali pun. Dalam beg silang hanya ada telefon bimbit, gula-gula, tisu dan dompet, langsung tidak menyamai ciri gadis feminin.

"Tiada yang pelik kerana rata-rata pemain bola jaring seperti kami tiada alat solek atau aksesori wanita. Jika ada majlis, saya biasa disolek, bukan menyolek sendiri wajah," katanya yang menjayakan sesi fotografi bersama BH, baru-baru ini.

Selain An Najwa yang kini ditawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), turut bersama sesi berkenaan adalah rakan sepasukannya, Norashikin Kamalzaman, 23, juga penuntut dalam bidang dan universiti yang sama.

PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan (tengah) bersama Norashikin Kamalzaman (kiri) dan Nur Fariha Razak di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan (tengah) bersama Norashikin Kamalzaman (kiri) dan Nur Fariha Razak di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Norashikin mempunyai ketinggian ketinggian 186 cm, melayakkan beliau bertindak sebagai penjaring pasukan. Seorang lagi rakan sepasukan adalah Nur Fariha Razak, 23, penuntut tahun tiga dalam Pengurusan Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Menurut Najwa, tiga perkara yang mungkin ramai tidak tahu mengenainya ialah beliau tidak suka memakai seluar jeans, mengenakan stoking dan menariknya mempunyai panggilan manja untuk perutnya, yang namakan sebagai 'Bobo'.

"Saya rimas mengenakan dua pakaian itu dan lebih suka mengenakan seluar pendek atau sukan kerana ia lebih selesa, longgar dan sesuai untuk orang tinggi.

"Saya juga suka mengumpul jam tangan dan kasut sukan kerana ia boleh digayakan setiap hari, berbanding sandal yang hanya sekali-sekala dipakai," katanya.

Ditanya mengenai definisi kecantikan, beliau berkata ia lebih kepada menjadi bijak dan berkeyakinan sekali gus akan menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang.

PEMAIN bola jaring kebangsaan, Nur Fariha Razak (tengah) An Najwa Azizan (kiri) dan Norashikin Kamalzaman di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
PEMAIN bola jaring kebangsaan, Nur Fariha Razak (tengah) An Najwa Azizan (kiri) dan Norashikin Kamalzaman di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Menyifatkan dirinya pencinta makanan, beliau tidak kisah berbelanja lebih untuk menikmati hidangan kegemaran berbanding membeli belah seperti gadis seusianya.

"Mungkin kerana ahli sukan, saya jarang mengawal pemakanan dan kembali fokus pada berat menjelang musim perlawanan.

"Antara hidangan kegemaran saya adalah donut dan apa juga makanan ringan yang manis," katanya yang mempunyai berat badan 75 kilogram.

Berbeza pula Nur Fariha Abdul Razak, 22, yang mengikuti jurusan pengurusan teknologi di Universiti Teknologi Malaysia, beliau ialah peserta paling rendah dengan ketinggian 165 cm, berbanding rakan sepasukan lain yang rata-ratanya memiliki tinggi 170 cm ke atas.

"Saya mula menyertai bola jaring ini ketika usia 11 tahun dan menjadi wakil Johor semasa berada di Tingkatan Lima di Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) sebelum dipilih untuk skuad kebangsaan sehingga kini.

PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan (kanan) bersama Norashikin Kamalzaman (kiri) dan Nur Fariha Razak di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan (kanan) bersama Norashikin Kamalzaman (kiri) dan Nur Fariha Razak di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

"Sebelum ini saya terbabit dalam acara larian, tetapi saya dapati bola jaring lebih menarik kerana ia memerlukan kita bermain dalam satu pasukan.

"Disebabkan bentuk tubuh lebih kecil, saya bermain di barisan pertahanan dan tengah," katanya memberitahu adiknya turut mewakili SIGS dalam sukan yang sama.

Ditanyakan perasaan ketika wajah disolek, anak kedua daripada enam beradik berkata, beliau akui kurang selesa bersolek tebal kerana itu bukan personalitinya.

"Regim kecantikan saya biasa saja kerana saya tidak mempunyai waktu untuk memanjakan diri. Ada sedikit minat untuk mempraktikkan solekan, tetapi tidak yakin untuk menyolek wajah sendiri.

"Bagi saya definisi cantik tidak semestinya pada rupa, tetapi perlu cantik dari dalaman, barulah kita nampak lagi cantik," katanya yang hanya tahu solekan asas seperti menyapu bedak, maskara dan pemerah pipi.

Melihat keadaan fizikal unik milik Norashikin, terlintas persoalan mengenai saiz kasutnya berikutan jarang wanita Malaysia dan Asia bertubuh sedemikian.

PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
PEMAIN bola jaring kebangsaan, An Najwa Azizan di Balai Berita Jalan Riong. - Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Katanya, memiliki kaki bersaiz 11 sering menjadi kekangan untuknya mencari koleksi kasut digemari apatah lagi untuk mengenakan pemakaian kasual.

"Sekiranya mahukan kasut kasual, tidak semua kedai kasut menyediakan koleksi kasut wanita besar tetapi mujur saya tidak berapa suka mengenakan kasut berpotongan wanita.

"Jika untuk koleksi kasut sukan, ada kala terpaksa menyarung kasut saiz lelaki dan ia tidak menjadi masalah bagi saya asalkan selesa," katanya.

Ketika ditanya mengenai koleksi solekan dimilikinya, gadis tinggi lampai itu berkata beliau hanya memiliki satu gincu dan pemerah pipi.

"Saya memang tidak gemar kenakan solekan memandangkan kulit saya cepat berpeluh dan mudah berminyak.

"Rutin harian yang aktif pastinya menjadikan pemakaian solekan pada wajah kelihatan kurang bersesuaian untuk diri saya," katanya.

INFO:

  • Skuad bola jaring mula mencuri tumpuan selepas menag emas di Sukan SEA 2017.
  • Antara pemain mendapat pujian An Najwa Azizan.
  • Ketiga-tiga gadis mula mendapat pengikut ramai di laman sosial Instagram.
Berita Harian X