Selasa, 17 Disember 2019 | 3:48pm
Pakar kini beralih kepada penggunaan peranti moden dalam proses berkhatan dan kini kaedah stapler atau nama saintifiknya disposable circumcision anastomat digunakan. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal
Pakar kini beralih kepada penggunaan peranti moden dalam proses berkhatan dan kini kaedah stapler atau nama saintifiknya disposable circumcision anastomat digunakan. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal

Amalan berkhatan kekal kesihatan luaran, dalaman

MENGHILANGKAN rasa gementar dalam kalangan kanak-kanak ketika menjalani prosedur itu penting kerana perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak kecederaan yang boleh membawa komplikasi luka yang serius.

Amalan berkhatan ini sungguh digalakkan dan dituntut dalam Islam, bertujuan menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan perlu dilaksanakan secara teliti.

Pakar kini beralih kepada penggunaan peranti moden dalam proses berkhatan dan kini kaedah stapler atau nama saintifiknya disposable circumcision anastomat digunakan.

Selain cepat dan menjimatkan masa, peranti ini membolehkan prosedur potongan luka lebih lurus dan bersih, tiada kesan jahitan mahupun pendarahan.

Penggunaannya praktikal dan kerap diguna pakai di kebanyakan klinik serta hospital, dengan kelebihan proses penyembuhan dan pemulihan lebih cepat.

Lebih penting, peranti berkenaan disahkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 2017. Memperoleh Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan KKM di bawah Akta Peranti 2012.

Malah, kebanyakan ibu bapa memilih kaedah ini selepas mendapati prosedur berkenaan lebih mudah, cepat, selamat serta bersih. Penggunaannya juga mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

Jurulatih khatan kaedah stapler, Dr Abdol Rashid Masron, berkata kaedah bersunat terbukti memberikan kesan lebih baik, kesan khatan lebih kemas, bersih selain dapat mengurangkan kesan parut pada luka.

Beliau berkata, proses bersunat dengan stapler sesuai digunakan untuk semua kategori bermula bayi seawal usia tiga hari, dewasa dan perantinya mempunyai pelbagai saiz.

Antara kelebihan lain kaedah berkhatan ini katanya, prosedur ini sesuai bagi pesakit berisiko untuk lambat sembuh daripada luka, contohnya pesakit kencing manis.

“Peranti direka berdasarkan konsep seperti stapler yang digunakan dalam pembedahan lain sebagai ganti teknik jahitan atau suture biasa.

“Teknik stapler sebenarnya sudah lama digunakan dalam bidang perubatan, terbukti berkesan dan dipercayai menjadi pilihan dalam kalangan doktor bedah seluruh dunia.

“Kaedah bersunat menggunakan peralatan pakai buang, bermakna satu peranti digunakan sekali sahaja. Ini sangat penting untuk mengelakkan jangkitan kuman.

“Peranti stapler ini dihasilkan daripada kombinasi pengalaman klinikal doktor perubatan dengan reka bentuk ringkas membolehkan proses berkhatan semakin baik dan selamat,” katanya.

Dr Abdol Rashid Masron menunjukkan peranti berkhatan stapler yang dipraktikkan di kliniknya. - NSTP/Rosdan Wahid
Dr Abdol Rashid Masron menunjukkan peranti berkhatan stapler yang dipraktikkan di kliniknya. - NSTP/Rosdan Wahid

FAKTA NOMBOR

* 10 hingga 15 minit - Proses keseluruhan berkhatan kaedah stapler

* RM450 (promosi cuti sekolah) - Sekali sesi berkhatan kaedah stapler

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X