Sabtu, 24 Ogos 2019 | 3:00pm
Koleksi pakaian masyarakat baba nyonya . - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
PRESIDEN Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor, Cedric Tan.

Cantik berkebaya, tapi awas! Jangan sembarang pakai

Pasti ada mata memandang apabila melihat wanita bertubuh seksi menggayakan kebaya pendek dan bersarung batik.

Busana klasik tradisional berasal dari Jawa, Indonesia atau dipanggil ‘kebaya enchim’ sememangnya menawan kerana rekaan mengikut bentuk badan menyerlahkan keanggunan pemakai.

Koleksi yang digayakan kebanyakan wanita Malaysia pula lebih popular dipanggil kebaya nyonya. Sebelum munculnya kebaya nyonya dengan potongan pendek pelbagai rekaan, motif serta rona menarik, baju panjang (kebaya potongan besar dan labuh sehingga ke paras buku lali/betis) terlebih dulu wujud, sekitar abad ke-19.

Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor, Cedric Tan, berkata baju panjang adalah koleksi pakaian terawal masyarakat berkenaan sebelum kebaya pendek mempelopori industri fesyen.

Baju panjang adalah pakaian harian wanita Baba Nyonya dihasilkan menggunakan fabrik kapas, mengetengahkan rona alam seperti terracotta yang diekstrak daripada kulit tumbuhan mengkudu atau biru tumbuhan nila.


Cara baba nyonya menyidai pakaian. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Pelbagai rekaan kebaya

Beliau seiring peredaran masa, sekitar tahun 1930-an, koleksi baju labuh dipelbagaikan, muncullah kebaya labuh rona terang serta pelbagai corak daripada fabrik kasa dibawa dari Barat.

Kemudian rekaannya diperbaharui kepada potongan pendek, menjadi pilihan untuk hadir majlis tertentu.

“Kebaya nyonya dari generasi terawal hingga kini hanya dipadankan dengan kain batik dan tidak sesuai dipakai bersama kain bercorak lain.

“Penggayaan batik masyarakat Baba Nyonya berbeza dengan masyarakat Melayu kerana kepala kain dibawa ke bahagian depan,” katanya.

1) Kebaya panjang atau labuh

- Koleksi kebaya terawal sekitar abad ke 19 hingga abad ke 20
- Digayakan golongan nyonya
- Dibuat daripada kain kapas
- Warna berunsur alam semula jadi
- Dipadankan bersama kain chaylay (kain sarung tenun)


GAMBAR kiri; Kebaya Sulam Bunga tabor. Gambar kanan; Kebaya rendah. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

2) Kebaya rendah
- Bermula sekitar 1930-an
- Gabungan fabrik kapas robia, renda diimport dari Eropah.
- Renda dijahit hujung tepi kain dan bertemu pada bahagian tengah baju
- Sesuai dipakai majlis keraian besar-besaran


Gambar kiri; Kebaya berkabung jenis kerawang. Gambar kanan; Kebaya biku. Foto Intan Nur Elliana Zakaria

4) Kebaya biku
- Bermula sekitar 1940-an
- Potongan pendek dan nampak ringkas
- Uniknya, hujung baju ada jahitan sulam berombak
- Biasanya ia tampil dengan potongan ‘princess’


mbar kiri; Baju panjang. Gambar kanan; Kota Baru/Bandung/Andeke yang seiras yang dipakai di Bali. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

5) Kebaya Kota Bharu atau Anneke
- Bermula sekitar 1960-an
- Seakan potongan kebaya dari Bali, Indonesia yang dipanggil kebaya Anneke (iaitu ilham dari penyanyi dari Belanda, Anneke Grunwald)
- Renda mono-toned, kain kapas dan kasa
- Istimewanya, ada sepotong kain lapik tambahan di tengah baju iaitu antara bahagian dada hingga ke paras pinggang
- Dipadankan dengan kain batik lepas atau jahit ala kipas


Pakaian basahan di rumah. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

6) Kebaya sulam
- Bermula sekitar awal 1960
- Potongan versi moden dan pendek
- Diubahsuai penampilan lebih segar dan moden
- Kebaya pendek yang bersaiz kecil masih boleh dipakai mereka bertubuh lebih besar dengan hanya menggunakan satu kerongsang besar di bahagian tengah baju

7) Kebaya kerawang
- Kebaya pendek berasal dari Jawa di panggil kebaya emchim.
- Asalnya berwarna krim atau putih
- Tiada renda dan banyak sulaman kerawang
- Motif sulaman ombak dan kerawang sarang labah-labah


Koleksi pakaian kebaya untuk tempoh berkabung. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

8) Kebaya moden
- Bersulam tinggi
- Hanya sesuai dipakai pada majlis keramaian
- Warna lebih cerah dan terang

9) Kebaya tuaha
- Khusus untuk berkabung
- Warna bezakan tempoh berkabung.

Berita Harian X