Terkini charm atau pemberat tudung menjadi antara kegilaan wanita berhijab yang berfungsi memastikan tudung atau shawl digayakan terletak cantik.
Banyak pilihan pemberat tudung di pasaran, namun bagi individu yang gemarkan sesuatu yang unik, mungkin boleh membuatnya sendiri.
Pemilik Juereen Collelction, Hairil Juriah Tajuddin, menggunakan permata kristal Swarovski untuk menghasilkan pelbagai rekaan menarik pemberat tudung.
Kristal Swarovski yang digunakan bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna dan reka bentuk yang menarik. Kilauan cahayanya menambah seri pada aksesori yang dihasilkan.
Langkah demi langkah membuat pemberat tudung
Bahan diperlukan:
Kristal Swarovski
Jump ring (boleh didapati di kedai aksesori)
Pin 'P'
Klip buaya
Klip loket
Pemotong
Player mata leper
Cara membuat:
1. Masukkan kristal dalam klip loket dan ketatkan.
2. Gunakan kristal yang lain dan masukkan pada jump ring bersaiz besar dan cangkuk pada klip loket yang dihasilkan sebelumnya. Ketatkan.
3. Ambil kristal lain dan masukkan pada jump ring kecil. Ketatkan.
4. Ambil pin 'P' dan sangkutkan pada klip buaya. Potong lebihannya dan masukkan pada gugusan kristal yang sudah disiapkan. Ketatkan.
5. Siap.