Jumaat, 16 September 2016 | 5:54pm

Filem Gading Merah kini tersedia di YouTube Maxis

KUALA LUMPUR: Gading Merah, filem terbaru Maxis Rojak 360°, siri filem 360° pertama Malaysia, kini boleh disaksikan di saluran YouTube Maxis.

Pembikin filem terkemuka, Junad Mohd Nor, telah membuat keputusan untuk menayangkan filem beliau buat pertama sekali bersama dengan kakitangan Maxis hari ini di Menara Maxis - lengkap dengan popcorn dan kanta Realiti Maya (Virtual Reality - VR).

Saksikan filem Junad, Gading Merah, di sini (sebaik-baiknya dinikmati melalui skrin mudah alih menggunakan Maxis 4G): https://www.youtube.com/watch?v>4foHvMbptgg

"Kami amat gembira bahawa salah satu pembikin filem terkemuka Malaysia telah membuat keputusan untuk meraikan tayangan filemnya buat pertama kali bersama kami di Maxis, terutama bersempena Hari Malaysia," kata Ketua Pemasaran Komunikasi Maxis, Bernard Lee.

Filem arahan Junad adalah filem keempat yang akan ditayangkan menggunakan kamera canggih 360° yang boleh dilihat pada mana-mana telefon pintar biasa melalui YouTube.

"Filem Gading Merah menekankan kepentingan perpaduan. Ini kerana apabila kita bersatu, tiada apa yang mustahil," kata Junad.

JUNAD Mohd Nor (depan lima dari kanan), Mazlan (depan empat dari kanan), dan Bernard (depan tiga dari kanan) pada pelancaran Gading Merah di Menara Maxis.
JUNAD Mohd Nor (depan lima dari kanan), Mazlan (depan empat dari kanan), dan Bernard (depan tiga dari kanan) pada pelancaran Gading Merah di Menara Maxis.

BERNARD (kanan) dan Junad.
BERNARD (kanan) dan Junad.

Filem beliau bertajuk Ikal Mayang's Odah, juga telah ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Busan.

Kakitangan Maxis juga menyaksikan dua filem Maxis 4G yang telah dikeluarkan sebelum ini - sebuah filem Merdeka bertajuk The Last Kite Maker (www.youtube.com/watch?v>M0J52JlPy0c) dan The Road Trip (https://www.youtube.com/watch?v>dFMH4CIoSrQ).

Mazlan Mokhtar, Ketua Daerah Selatan Maxis, yang telah membintangi filem The Kite Maker, turut hadir pada majlis berkenaan untuk menceritakan pengalaman beliau dalam pembikinan filem itu.

Gading Merah mengikuti tiga buah filem 360° yang telah ditayangkan sebelum ini pada 25 Ogos oleh pembikin filem tempatan lain - bintang YouTube The Ming Thing, RED People dan pengarah filem Tamil terkenal, Veedu. Filem-filem ini telah dilancarkan di YouTube pada 26 Ogos.

Projek Rojak 360° meraikan kepelbagaian Malaysia - ia menonjolkan keunikan dialek tempatan, meraikan tradisi budaya yang kurang diketahui, dan mempamerkan keindahan tempat berlainan di Malaysia.

Menggunakan platform video-melalui-mudah alih 360° YouTube yang mendalam, setiap filem menjemput penonton untuk menggerakkan telefon mereka di pelbagai arah untuk "melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza."

Berita Harian X