Jumaat, 5 Ogos 2016 | 10:10am

Huawei saingi pasaran sengit telefon pintar

HUAWEI kini menguasai jualan dalam pasaran yang berkembang pesat. - Foto hiasan
HUAWEI kini menguasai jualan dalam pasaran yang berkembang pesat. - Foto hiasan

DALAM persaingan teknologi telefon pintar terkini, produk keluaran gergasi global tetap berdepan ancaman dengan pesaing terbaharu yang turut ingin menguasai perkongsian pasaran semasa.

Ini diakui oleh syarikat penyelidikan pasaran, Kantar Worldpanel bahawa pengeluar telefon China seperti Huawei dan Xiaomi kini menguasai jualan dalam pasaran yang berkembang pesat, manakala pengguna semakin enggan menukar jenama dalam pasaran yang lembap.

"Sesiapa yang masih beri tumpuan kepada saingan dua gergasi ini, bagaimanapun sebenarnya gagal melihat gambaran lebih besar," kata penganalisis Kantar, Lauren Guenveur dalam blog, baru-baru ini.

"Ketika Huawei menyasarkan untuk memintas Apple sebagai vendor telefon pintar kedua terbesar menjelang 2020 dan khabar angin mengenai Google untuk memasuki pasaran telefon bimbit dengan jenama sendiri, Apple dan Samsung sepatutnya berhenti daripada terlalu bimbang antara satu sama lain dan mula memerhati keadaan sekeliling."

Di Amerika Syarikat, Samsung mencatat jualan sebanyak 37% jualan dari Mac hingga Mei dan Apple pula meraih 29% jualan.

Kantar berkata, namun melihat kepada model keluaran utama ternyata saingan lebih sengit berlaku. Model Galaxy S7 Samsung menguasai 16% jualan berbanding kira-kira 15% bagi model Apple, iPhone 6S.

Di kalangan mereka yang merancang untuk mengemaskini telefon mereka pada tahun depan, 80% pengguna Apple di Amerika Syarikat memberitahu mereka akan membeli satu lagi telefon iPhone dan 86% pemilik Samsung mahu kekal dengan jenama itu.

Kantar berkata, bagaimanapun di China, Samsung baru memiliki 9% jualan dan Apple pula hampir 20%.

Pengeluar tempatan, Huawei ternyata berjaya kedua-dua jenama itu apabila menguasai 26% pasaran manakala Xiaomi dengan 19%.

Pengeluar telefon sedang meningkat naik, Oppo pula mendapat 8% pasaran.

Sehubungan itu, di India, Samsung berada di hadapan, diikuti Micromax dan Xiaomi.

Namun Kantar tidak memberikan jumlah pasaran yang diperoleh.

Apple dan Huawei juga turut menyasarkan pasaran itu untuk berkembang.

"Apple dan Samsung kini boleh kurang menaruh kebimbangan jika berhasrat untuk berkembang dan apatah lagi untuk bimbang terhadap pesaing lain dan landskap yang berubah," kata Guenveur.

"Dalam landskap, apa yang kekal untuk dilihat ialah bagaimana jualan di pasaran yang membangun di Latin dan Selatan Amerika serta India, peluang terhidang untuk tiga jenama besar ini."

Berita Harian X