SIRAH Junjungan - Tahajjud Cinta adalah sebuah 'Drama Muzikal' arahan Erma Fatima yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu kisah Nabi dan Selawat.
Satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW bersempena menyambut Maulidur Rasul.
Teater muzikal Islamik ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah SAW, sehingga Baginda wafat.
Sirah Junjungan - Tahajjud Cinta membawa khalayak menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi.
Perjuangan Nabi Muhammad SAW
Sirah Junjungan -Tahajjud Cinta akan menggabungkan 20 pelakon utama, 80 pelakon tambahan dan 15 pemuzik yang akan bermain secara langsung, serta enam penyanyi latar dan tiga penyanyi popular iaitu Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Amy Search.
Sirah Junjungan -Tahajjud Cinta boleh disaksikan di tonton CINEMA bermula 19 October 2021.
Sirah Junjungan -Tahajjud Cinta boleh ditonton pada harga RM7.90. Layari laman web www.cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton.