Isnin, 1 Mei 2017 | 9:19pm

Remy Ishak sudah bertunang

REMY bersama tunangnya, Ezza Yusof.
REMY bersama tunangnya, Ezza Yusof.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak, mengesahkan sudah pun bertunang dengan wanita pilihannya, yang juga seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof, semalam.

Remy, 35, ketika dihubungi BH Online menerusi aplikasi Whatsapp turut memohon peminatnya mendoakan kebaikan untuk beliau.

"Alhamdulillah, terima kasih. Ya, saya sudah bertunang. Semuanya OK, doakan yang baik-baik ya," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kesahihan dirinya bergelar tunangan orang.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan mereka, bintang drama rantaian Cik Serba Tahu itu enggan mengulas lanjut.

Berdasarkan foto pertunangan yang dimuat naik Ezza di akaun Instagramnya, ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan supaya hubungannya dengan Remy bahagia hingga ke akhir hayat.

Difahamkan, majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman bakal isterinya di Pahang.

Pada majlis itu, Ezza menggayakan baju berwarna ungu muda, manakala Remy memakai kemeja rona biru.

Berita Harian X