Isnin, 30 Januari 2017 | 7:43pm
EMMA Stones turut menangis selepas selesai memberi ucapan kemenangan.
EMMA Stones turut menangis selepas selesai memberi ucapan kemenangan.

Emma Stone hampir pengsan menang Anugerah SAG

EMMA Stones, menerima Anugerah Screen Actors Guild 2017 (SAG2017) dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.
EMMA Stones, menerima Anugerah Screen Actors Guild 2017 (SAG2017) dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

LOS ANGELES: Selepas menjulang trofi pertama Golden Globe, beberapa minggu lalu, aktres Emma Stones, 28, meneruskan pencapaian hebatnya pada Anugerah Screen Actors Guild 2017 (SAG2017) dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Kemenangan berkenaan sekali lagi diraih olehnya hasil persembahan memberangsangkan beliau dalam filem muzikal, La La Land.

Biarpun dilihat oleh ramai pengkritik sebagai calon pilihan, aktres itu nyata tidak percaya apabila namanya diumumkan sebagai pemenang pada acara yang berlangsung di sini, pagi tadi (waktu Malaysia).

Malah ketika memberikan ucapan, Emma berkata, dirinya hampir mahu pengsan. Beliau turut menangis selepas selesai memberi ucapan kemenangan.

"Oh Tuhan, saya rasa seperti nak pengsan. Dunia kita sedang dalam tempoh masa yang rumit, dengan keadaan negara kita yang menakutkan dan tidak boleh dimaafkan, yang memerlukan tindakan segera.

EMMA Stones mengakui dirinya hampir mahu pengsanselepas memberi ucapan.
EMMA Stones mengakui dirinya hampir mahu pengsanselepas memberi ucapan.

"Saya bersyukur kerana dikelilingi sekumpulan orang yang penyayang dan sentiasa mahu memberikan sesuatu kepada masyarakat," katanya.

Emma yang dijangka mampu menggenggam trofi Oscar bulan depan turut memuji pesaing terdekatnya iaitu Amy Adams, Emily Blunt, Natalie Portman dan Meryl Streep.

"Kalian adalah yang terbaik, berbakat dan benar-benar menakjubkan," ujarnya.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, ia dimenangi oleh Denzel Washington menerusi lakonannya dalam filem Fences.

Viola Davis (Fences) dan Mahershala Ali (Moonlight) pula masing-masing menang dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik.

Bagi kategori lakonan berkumpulan terbaik, ia dimenangi barisan pelakon Hidden Figures.

Berita Harian X