Jumaat, 6 Januari 2017 | 6:47pm
PENYANYI, Ainan Tasneem. - Foto ihsan Instagram AinanTasneem
PENYANYI, Ainan Tasneem. - Foto ihsan Instagram AinanTasneem

Ainan Tasneem sah jadi isteri jurutera

AINAN Tasneem selamat bergelar isteri kepada Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi, dalam majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, petang tadi. - Foto ihsan Instagram AinanTasneem

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ainan Tasneem selamat bergelar isteri kepada jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi, dalam majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, jam 5.50 petang tadi.

Pada majlis berkenaan, penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan BioProses di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu turut menerima mas kahwin sebanyak RM300.

MOHAMAD Ariffudin Mohammad Swaimi pada majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, petang tadi. - Foto ihsan Instagram AinanTasneem
MOHAMAD Ariffudin Mohammad Swaimi pada majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, petang tadi. - Foto ihsan Instagram AinanTasneem

Ainan atau nama penuhnya Ainan Tasneem Ridzuan, 24, dan pasangannya, kelihatan menawan dalam persalinan serba putih pada majlis pernikahan terbabit yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

Majlis resepsi yang dijangka dihadiri kira-kira 1,500 tetamu akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam, esok.

Terdahulu, Ainan pernah menyuarakan keinginannya untuk bersara daripada dunia nyanyian selepas mendirikan rumah tangga.

Begitupun, beliau tidak keberatan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.

"Saya nekad untuk berhenti menyanyi tetapi sedia menerima tawaran pengacaraan.

"Seandainya diberi peluang, saya masih berminat untuk menghasilkan lagu tetapi tidak akan sesekali kembali menyanyi," katanya.

Berita Harian X