Ahad, 23 Oktober 2016 | 12:06am

Angelina Jolie meradang dengan bapa

PELAKON terkenal Hollywood, Angelina Jolie.
PELAKON terkenal Hollywood, Angelina Jolie.

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie, meradang terhadap bapanya, Jon Voight, kerana berbincang mengenai kes perceraiannya dengan Brad Pitt.

Menurut laman web hiburan Us Weekly, dalam perbualan minggu lalu, Voight memberitahu menantunya, kelakuan Jolie "tidak menentu" seperti mendiang ibunya, Marcheline Bertrand yang meninggal pada 2007.

Pelakon berusia 41 itu memfailkan dokumen cerai terhadap Pitt, 52, bulan lalu dengan alasan tiada keserasian dan berpisah pada 15 September.

Hubungan Jolie dan bapanya pula dilaporkan sudah sekian lama tidak mesra.

"Jolie terlalu marahkan bapanya. Mereka jarang bercakap kerana dia tidak percayakan Voight," sumber memberitahu US Weekly. - Agensi

Berita Harian X