Selasa, 27 September 2016 | 7:57pm

Fikhree Bakar dapat anak sulung perempuan

Fikhree Bakar.
Fikhree Bakar.

KUALA LUMPUR: Isteri pelakon Fikhree Bakar, Yeen Uzair, selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka kira-kira jam 1.46 tengah hari, di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon terbabit menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini. Beliau juga memilih nama Raeesa Ammara untuk si kecil terbabit.

"Alhamdulillah, pada 26 September 2016, jam 1.46 petang, isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami #RaeesaAmmara.

"Terima kasih atas doa serta ucapan tahniah daripada ahli keluarga, sahabat, kawan-kawan serta kenalan," katanya.

Anak perempuan pertama dilahirkan kira-kira jam 1.46 tengah hari, di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Anak perempuan pertama dilahirkan kira-kira jam 1.46 tengah hari, di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Menerusi perkongsian gambar berkenaan, ramai yang memberi ucapan tahniah kepada pasangan terbabit.

Menerusi status yang dikongsi itu, Fikhree turut meluahkan rasa syukur kepada Tuhan dan berharap agar anaknya nanti akan menjadi seorang yang beriman dan berakhlak mulia.

"Aku memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari semua godaan syaitan dan binatang pengganggu serta dari pandangan mata buruk.

"Jadikanlah keturunanku ini daripada golongan orang-orang yang beriman serta taat kepada suruhan-Mu, orang yang berakhlak mulia, menghormati kedua-dua orang tuanya dan juga orang di sekelilingnya," tulis Fikhree.

Fikhree antara lain pernah membintangi drama Mr Istikharah, Mencintaimu, Teman Lelaki Upahan dan Nawaitu Cinta. Ketika ini, drama Abang Bomba I Love You lakonannya masih ditayangkan di sebuah saluran berbayar.

Berita Harian X