Sabtu, 23 Julai 2016 | 11:39pm

Dahlan Zainuddin diberi ubat pelali

PENYANYI dan pelakon veteran, Datuk Dahlan Zainuddin.
PENYANYI dan pelakon veteran, Datuk Dahlan Zainuddin.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon veteran, Datuk Dahlan Zainuddin, 75, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini kira-kira 6.30 petang semalam akibat penyakit angin ahmar.

Isteri Dahlan, Datin Effa Rizan, doktor memberitahu doktor memberi ubat pelali kepada Dahlan agar beliau dapat berehat.

"Doktor memberi ubat pelali untuk tenangkan dia dan berehat secukupnya. Setakat ini, doktor masih belum mengesahkan tahap kesihatannya.

"Doakan yang terbaik buat suami. Sehingga kini, Dahlan masih lagi dipantau," katanya kepada BH Online.

Pada 3 Julai lalu, Dahlan dimasukkan ke HKL selepas diserang angin ahmar. Dahlan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada September 2005.

Selain itu, Dahlan pernah dijangkiti kuman pada paru-paru sehingga dimasukkan ke hospital pada Mac 2015.

Dahlan pernah popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan dan pernah berlakon menerusi filem bersama Gaya Zakry menerusi filem Kisah Seorang Biduan.

Berita Harian X