Sabtu, 9 Julai 2016 | 1:18pm
BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan. - Foto AP
BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan. - Foto AP

Shah Rukh Khan anjur rumah terbuka Aidilfitri

MUMBAI: Selepas tiga tahun berturut-turut bekerja ketika Syawal, tahun ini Shah Rukh Khan mahu meraikan hari kemenangan dengan sepuas hati bersama keluarga.

Malah bapa kepada tiga cahaya mata itu mengakui mahu mengundang rakan terdekat serta media menjamu selera di kediamannya yang akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"Filem baharu berjudul Raees sudah diselesaikan dan kebetulan projek lain masih jauh lagi. Jadi sempena Syawal saya hanya duduk di rumah untuk meluangkan masa dengan insan tersayang.

"Melihat rutin kami ketika Syawal beberapa tahun sebelum ini, kami sekeluarga memeriahkan hari raya dengan mengundang teman-teman.

"Lagipun setakat ini tiada lagi perancangan ke mana-mana. Inilah masanya untuk saya memperuntukkan masa berkualiti dengan anak-anak sambil berehat di rumah.

"Cuma tarikhnya akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Mengenai rutin sambutan Aidilfitri bagi bintang Hollywood itu dan keluarganya, tetamu kebiasaannya dijamu nasi beriyani daripada air tangan isteri Shah Rukh Khan sendiri, Gauri. - Agensi

Berita Harian X