Selasa, 7 Jun 2016 | 12:22pm
REMY masih berlakon namun berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan untuk pelaburan masa depan.
REMY masih berlakon namun berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan untuk pelaburan masa depan.
REMY ketika di Bali.
REMY ketika di Bali.

Remy tak ralat Redha kurang sambutan

REMY Ishak.
REMY Ishak.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak tidak ralat filem Redha kurang mendapat sambutan di pawagam sebaliknya berbesar hati diberi peluang meraih pengalaman berharga bekerja dengan anak autisme yang cukup istimewa.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, berkata dia sudah lali berhadapan situasi sedemikian selain memahami sebaik mana pun karya dihasilkan hingga meraih pujian penggiat industri seni, kehendak penonton tempatan masih sukar dijangka.

"Sebagai pelakon yang selalu terbabit dengan cerita berunsur pengajaran atau genre kemanusiaan, saya memahami bukan mudah untuk kita berkongsi mahu pun menarik perhatian orang ramai mengikutinya. Perkara seumpama ini mengambil masa.

"Apa pun saya tidak terkilan berhadapan situasi sebegini kerana peluang yang diberikan pihak penerbit adalah satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Malah, kini saya lebih mengenali serta memahami kanak-kanak yang menghidap autisme," katanya.

Filem karya Tunku Mona itu menampilkan Remy sebagai jurulatih renang dan ditayangkan di pawagam sekitar April lalu. Selain menguasai teknik berenang, aktor berusia 34 tahun itu juga perlu mendekati kanak-kanak istimewa itu.

Mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, katanya koleksi kurta, skrub badan dan sabun organik di bawah jenamanya bakal menyusul dalam tempoh terdekat selepas sambutan terhadap pewangi mendapat sambutan sejak dilancarkan beberapa bulan lalu.

"Syukur rezeki datang dalam pelbagai cara. Biarpun sering merancang memperlahankan kerjaya seni ketika bulan puasa, ada saja tawaran datang yang sukar untuk saya katakan tidak.

"Saya anggap semua ini sebagai rezeki buat keluarga dan enggan mensia-siakannya begitu saja. Terbaharu, kami dalam persediaan akhir mengeluarkan koleksi persalinan dan produk penjagaan tubuh.

"Perniagaan ini baharu saja bertapak dan diharap ia menjadi pelaburan kukuh untuk masa depan. Sudah tentu saya perlu bekerja lebih keras dan mempelajari ilmu berkaitan bisnes," katanya yang meraikan 1 Ramadan bersama keluarga di Melaka.

Berita Harian X