Sabtu, 19 March 2016 | 3:23pm
MAJLIS persandingan Shiro dan Anna Danisha di Dewan jemerlang, Institut Tadbiran Awam Negar (INTAN) di Kluang, hari ini.
MAJLIS persandingan Shiro dan Anna Danisha di Dewan jemerlang, Institut Tadbiran Awam Negar (INTAN) di Kluang, hari ini.

Shahrol Shiro akhiri zaman duda

SHAHROL Shiro bersama pasangan pilihannya, Anna Danisha.
SHAHROL Shiro bersama pasangan pilihannya, Anna Danisha.

KLUANG: Majlis persandingan pelawak, pelakon dan pengacara Shahrol Shiro bersama pasangan pilihannya, Anna Danisha, berlangsung penuh meriah di Dewan Jemerlang, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.

Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 32, yang bakatnya dicungkil dari program realiti, Raja Lawak itu dinikahkan dengan Anna Danisha atau Nor Farhanah Syamimi, 26, di dewan sama, di sini jam jam 9.15 malam tadi.

Anna Danisha menerima mas kahwin senaskah kitab suci al-Quran.

Dihadiri tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat, Anna Danisha mengenakan persalinan serba hijau, manakala sut hitam menjadi pilihan Shahrol pada majlis persandingannya.

Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada Julai nanti, selepas sambutan Aidilfitri.

Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah selepas tiga tahun.

Perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Berita Harian X