Isnin, 29 Februari 2016 | 3:13pm
SPOTLIGHT yang berkisar pembongkaran isu pencabulan kanak-kanak di sebuah gereja oleh sebuah akhbar di Boston.
SPOTLIGHT yang berkisar pembongkaran isu pencabulan kanak-kanak di sebuah gereja oleh sebuah akhbar di Boston.
WATAK Walter V Robinson yang dibawa oleh Mochael Keaton manakala Mark Ruffalo sebagai Michael Rezendes dalam Spotlight.
WATAK Walter V Robinson yang dibawa oleh Mochael Keaton manakala Mark Ruffalo sebagai Michael Rezendes dalam Spotlight.

Spotlight tewaskan The Revenant ungguli trofi Filem Terbaik

SPOTLIGHT mengungguli Filem Terbaik Anugerah Academy ke-88 yang berlangsung di Dolby Theatre Hollywood, hari ini. - Foto AFP
SPOTLIGHT mengungguli Filem Terbaik Anugerah Academy ke-88 yang berlangsung di Dolby Theatre Hollywood, hari ini. - Foto AFP

LOS ANGELES: Spotlight yang berkisar pembongkaran isu pencabulan kanak-kanak di sebuah gereja oleh sebuah akhbar di Boston mengungguli Filem Terbaik Anugerah Academy ke-88 yang berlangsung di Dolby Theatre Hollywood, di sini, hari ini.

Filem arahan Tom McCarthy itu turut membawa pulang sebuah lagi trofi Oscar bagi kategori Lakon Layar (Asal) Terbaik daripada enam pencalonan diterimanya. Anugerah berkenaan diterima oleh Josh Singer dan McCarthy sendiri.

Kemenangan mereka sekali gus meleburkan impian The Revenant, yang pada awal acara mendominasi tiga trofi termasuk kemenangan sutradaranya, Alejandro Gonzalez Inarritu sebagai Pengarah Terbaik.

Inarritu mengekalkan trofi disandang pada edisi lalu, seterusnya menjadi sutradara Mexico pertama membolot empat trofi Oscar.

Filem Spotlight turut menewaskan Mad Max: Fury Road, Room, Bridge of Spies, Brooklyn, The Martian dan The Big Short bagi anugerah tertinggi itu.

AKTOR terkenal, Leonardo DiCaprio, memenangi trofi pertamanya pada Anugerah Academy apabila diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem The Revenant manakala Brie Larson menang aktres terbaik dalam filem thriller penuh emosi, 'Room'. - Foto Reuters
AKTOR terkenal, Leonardo DiCaprio, memenangi trofi pertamanya pada Anugerah Academy apabila diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem The Revenant manakala Brie Larson menang aktres terbaik dalam filem thriller penuh emosi, 'Room'. - Foto Reuters

Sementara itu, bintang utama The Revenant, Leonardo DiCaprio, 42, merangkul Oscar pertamanya selepas 23 tahun bergelar pelakon apabila diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Kejayaan itu adalah hasil lakonan mantapnya sebagai Hugh Glass, lelaki bersemangat kental yang bersabung nyawa untuk terus hidup.

Terdahulu, aktor terbabit dikatakan terkena badi selepas gagal meraih sebarang kejayaan pada Anugerah Academy biarpun sudah duduk di kerusi finalis sebanyak lima kali, termasuk satu untuk kategori penerbitan.

Bersama 12 pencalonan, The Revenant yang berlatar era 1900-an itu secara keseluruhan membolot tiga trofi utama, termasuk Sinematografi Terbaik.

Leonardo atau Leo, ketika memberikan ucapan kemenangannya berkata, penghargaan itu ditujukan kepada seluruh tenaga kerja filem berkenaan, terutama teman gandingannya, Tom Hardy, yang disifatkan sebagai 'lawan' yang bagus.

"Saya berbesar hati menerima pengiktirafan menakjubkan ini daripada pihak Academy," katanya yang sememangnya disebut-sebut takkan pulang dengan tangan kosong pada acara berkenaan, kali ini.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik pula, trofi diraih oleh Brie Larson hasil lakonannya dalam filem bercorak drama, Room. Ia adalah pencalonan pertama diterima aktres berusia 26 tahun dari California itu pada anugerah terbabit.

Beliau menewaskan Cate Blanchett yang turut menyerlah dalam Carol, selain Saoirse Ronan (Brooklyn), Jennifer Lawrence (Joy) dan Charlotte Rampling (45 Years).

Bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Alicia Vikander, 27, daripada filem The Danish Girl yang sebelum ini membawa pulang trofi Golden Globe dan BAFTA musim ini meneruskan penguasaannya.

Aktres berdarah Sweden itu mengenepikan Jennifer Jason Leigh (The Hateful Eight), Rooney Mara (Carol), Rachel McAdams (Spotlight) dan Kate Winslet (Steve Jobs).

Trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula menjadi milik Mark Rylance yang menyerlah dalam filem Bridge of Spies. Beliau menewaskan calon pilihan, Sylvester Stallone, yang sebelum ini dikatakan bakal menerima Oscar dalam kategori itu menerusi filem Creed.

Sementara itu, filem bercorak apokalips pengembaraan, Mad Max: Fury Road, yang mendapat sembilan pencalonan meraih lima anugerah membabitkan kategori teknikal iaitu Rekaan Kostum, Dandanan & Solekan, Rekaan Produksi, Suntingan Bunyi dan Adunan Bunyi Terbaik. Ia juga meraih kemenangan dalam kategori Suntingan Filem Terbaik.

Acara kemuncak penganugerahan itu diserikan dengan gelagat pelakon dan pelawak, Chris Rock, selaku hos majlis yang sempat berseloroh secara sinikal menyentuh isu boikot acara anugerah terbabit yang kononnya bersifat rasialis dengan menggunakan kempen #OscarSoWhite.

Berita Harian X