Isnin, 18 Januari 2016 | 1:49pm

DiCaprio tidak gentar menjelang Oscar

AKTOR Leonardo DiCaprio tiba pada tayangan perdana filem yang dilakonnya bertajuk 'The Revenant' di Dataran Leicester, tengah London. 14 Januari lalu. - Foto EPA
AKTOR Leonardo DiCaprio tiba pada tayangan perdana filem yang dilakonnya bertajuk 'The Revenant' di Dataran Leicester, tengah London. 14 Januari lalu. - Foto EPA

LOS ANGELES: Aktor Leonardo DiCaprio yang disebut-sebut bakal menggondol trofi Aktor Terbaik pada Anugerah Academy mendakwa langsung tidak berasa gementar dengan prospek memenangi gelaran itu menerusi filem 'The Revenant'.

Aktor yang pernah dicalonkan empat kali sebelum ini menyifatkan beliau sudah melakukan yang terbaik dan tidak berupaya membuat penambahan lagi.

"Satu perkara yang pasti mengenai musim penganugerahan ini adalah anda langsung tidak dapat mengawal keputusannya

"Anda sudah melakukan yang terbaik, saya tidak tahu mengapa mesti berasa gementar. Apabila berada di set dan sudah memberikan yang terbaik, itu saja yang anda boleh dilakukan," katanya kepada radio Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Filem The Revenant mengisahkan perjalanan dan pembalasan dendam yang menyaksikan DiCaprio memakan hati kerbau mentah, mendaki gunung bersalji dan mandi di sungai berais ketika menjayakan watak Hugh Glass.

Diarahkan Alejandro Innarritu, The Revenant, dicalonkan untuk 12 Oscar.

Berita Harian X