Jumaat, 3 Julai 2015 | 3:12pm

Syukur Selalu di Angsana Johor Bahru Mall esok

KUALA LUMPUR : Selepas berjaya menambat hati warga negeri Pahang minggu lalu, siri jelajah bazar Syukur Selalu diteruskan ke lokasi kedua di tempat letak kereta A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor, esok.

Bazar bersempena kempen Syukur Selalu dan Raya oleh Media Prima Berhad itu bertujuan menyebarkan mesej positif kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan rasa keinsafan, bersyukur dan menghargai segala nikmat yang masih dikecapi serta menzahirkan kebahagiaan mereka dengan cara tersendiri.

Antara aktiviti menarik yang berlangsung di sekitar bazar itu adalah sesi gotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa oleh personaliti TV3 dan TV9.

Antara personaliti itu ialah Zaim Helmi Zaini (MHI), Hazrena Mohamed Kassim (WHI), Ally Iskandar (MHI), Ezreena Amir Hamzah (TV3), dan Zuhairah Mustafa Al-Husin (Berita TV9).

Antara juadah yang bakal disediakan adalah Asam Pedas Johor dan Laksa Johor. Bubur lambuk pula bakal diagihkan secara percuma kepada para pengunjung.

Duta Syukur Selalu juga tidak ketinggalan turun padang untuk bersama warga negeri Pahang. Mereka ialah Ahmad Fedtri Yahya, Aeril Zafrel, Zara Zya, Shukri Yahaya, Izreen Azminda, Fizo Omar, Fadlan Hazim dan Kaka Azraff.

Pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-29 iaitu Dayang Nurfaizah juga dijangkakan bakal turut serta selaku pelantun lagu tema Syukur Selalu yang turut dinyanyikan bersama Black.

Berita Harian X