Sabtu, 4 April 2015 | 1:59pm
PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza (tengah) bersama Dayang Nurfaizah (kanan) ketika mengadakan latihan sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza (tengah) bersama Dayang Nurfaizah (kanan) ketika mengadakan latihan sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Debaran malam kemuncak ABPBH kian terasa

GENTING HIGHLANDS: Debaran menjelang malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 malam esok kian terasa apabila barisan artis sedang giat menjayakan sesi raptai anugerah berprestij itu, di sini.

Beberapa artis iaitu Mark Adam, Elizabeth Tan, Azmil dan Black sudah berkampung di puncak kota keriangan sejak semalam.

Amy Mastura, AG HotFM dan Sherry Alhadad selaku pengacara majlis sedang giat menjalani latihan bagi memastikan kelancaran majlis.

"Walaupun diberikan kepercayaan sebelum ini untuk mengendalikan ABPBH, namun debaran itu masih ada.

"Sebelum ini saya mengendalikan ABPBH di saat negara diuji dengan pelbagai bencana. Selaku hos saya perlu peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita," kata Amy.

Manakala Sherry dan AG HotFM buat julung kalinya mengacarakan anugerah berprestij ini turut merasa debaran ABPBH 2014.

Turut terbabit dalam acara persembahan kali ini termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Aweera, Lefthanded, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter, Ayda Jebat dan Akim.

Sementara itu, ABPBH edisi ke-28 menampilkan pentas cukup unik dengan berkonsepkan origami bagi menterjemahkan unsur cinta yang dipilih sebagai tema penganjuran musim ini.

Berita Harian X