Selasa, 25 April 2017 | 5:07pm
RESTORAN mewah Jeff's Cellar dibangunkan di dalam gua batu kapur.
RESTORAN mewah Jeff's Cellar dibangunkan di dalam gua batu kapur.

Taman fantasi tersembunyi mendamaikan

BUAT pasangan pengantin baharu yang masih berkira-kira di manakah destinasi popular untuk berbulan madu atau pasangan suami isteri sedang mencari lokasi percutian yang tenang lagi mendamaikan bagi menyambut ulang tahun perkahwinan tidak perlu pergi jauh kerana memadai berada di The Banjaran di Ipoh, Perak.

Berada di The Banjaran, anda boleh melupakan vila mewah di Bali, Indonesia atau keluarkan saja senarai resort lima bintang di Phuket dan Krabi di Thailand yang dianggap destinasi percutian unggul.

Resort mewah di Sunway City, Ipoh itu ternyata menjanjikan ketenangan, kedamaian dan suasana taman fantasi yang selama ini mungkin dianggap tiada di tanah air sendiri.

VILA taman jadi pilihan pasangan pengantin baharu berbulan madu.
VILA taman jadi pilihan pasangan pengantin baharu berbulan madu.

MENIKMATI suasana indah di Geothermal Hot Springs Dipping Pool.
MENIKMATI suasana indah di Geothermal Hot Springs Dipping Pool.

Permata tersembunyi

Destinasi ini boleh dianggap sebagai 'permata' tersembunyi. Siapa sangka, di sebalik keriuhan taman tema popular yang terletak bersebelahannya dan kesibukan lalu-lintas di lebuh raya berdekatan, resort mewah yang dipagari bukit dan gua batu kapur serta kolam mata air panas berusia ratusan juta tahun ini, rupa-rupanya taman fantasi yang wujud di alam realiti!

Sebaik saja melangkah ke resort berkenaan, anda pasti berasakan diri seolah-olah memasuki dunia lain. Suasananya bertukar sekelip-mata kepada resort yang sangat tenang lagi mendamaikan, hanya kedengaran muzik perlahan irama romantik daripada pembesar suara yang disembunyikan di celah-celah pokok, gua dan bukit batu kapur!

PENGUNJUNG bermeditasi di tepian air terjun yang damai.
PENGUNJUNG bermeditasi di tepian air terjun yang damai.

Terbaik untuk bermeditasi

Pemandangan gua dan bukit batu kapur serta kolam mata air panas yang asli adalah aset utama tarikan pelancong ke resort berkenaan.

Bagi pengunjung yang mencari ketenangan dan menghilangkan tekanan dengan bertafakur, boleh bermeditasi, memikirkan sesuatu yang positif dengan mendalam dan penuh emosi di tepian air terjun di luar Gua Meditasi.

Pengunjung berendam dalam tab air panas dikenali Geothermal Hot Springs Dipping Pool yang berbeza kepanasannya. Waktu terbaik untuk mandi-manda sekitar awal pagi, sekali gus menyaksikan pemandangan indah apabila wap panas yang meluap dari dasar kolam mata air panas ini boleh dilihat dengan jelas. Pemandangan bertambah pesona menjelang senja atau awal malam ketika anda dan pasangan menikmati makan malam romantik di pelantar terbuka atau Open Deck yang menyajikan pemandangan memukau hutan dan bukit batu kapur!

NISSAN Teana NISMO Pakej Performance baharu menampilkan sisi 'garang' apabila dipamerkan di Tin Valley, Lost World of Tambun, Sunway City, Ipoh.
NISSAN Teana NISMO Pakej Performance baharu menampilkan sisi 'garang' apabila dipamerkan di Tin Valley, Lost World of Tambun, Sunway City, Ipoh.

Teana Nismo serlahkan keunggulan

Kunjungan penulis bersama jurugambar ke Ipoh baru-baru ini dengan memandu uji Nissan Teana NISMO Pakej Performance baharu.

NISMO adalah jenama sukan pemotoran terkenal dunia.

Keputusan menonjolkan keunggulan Nissan Teana NISMO dengan membawa jentera mewah itu ke Open Deck, sangat berbaloi apabila ia mampu menyerlahkan lagi 'kebengisan' dirinya apabila melunjur laju di lebuh raya!

Sinaran mentari yang dikelilingi hutan dan gua batu kapur, konsep rekaan NISMO diserlahkan lagi dengan rim aloi NISMO LMX6 bersaiz 18 inci berwarna hitam berkilat dan kemasan krom yang dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport 4.

BERLATAR belakangkan bunga teratai umpama permaidani merah jambu menambah 'kebengisan' Nissan Teana NISMO serba baharu. - Foto Zunnur Al Shafiq
BERLATAR belakangkan bunga teratai umpama permaidani merah jambu menambah 'kebengisan' Nissan Teana NISMO serba baharu. - Foto Zunnur Al Shafiq

Cengkaman lebih baik

Kombinasi berkenaan ditambah dengan NISMO Sport Springs yang direndahkan sebanyak 30 milimeter untuk memberikan cengkaman lebih baik, selain kemasan ekzos sports NISMO yang menyempurnakan tarikan estetik bersama sentuhan elegan reka bentuk kenderaan berwajah sporty ini.

Berlatar belakangkan bunga teratai umpama permaidani merah jambu, menambah sisi 'garang' Nissan Teana NISMO yang turut dilengkapi spoiler bampar hadapan dan belakang serta skirt sisi, selain trunk lid spoiler untuk penampilan lebih sporty.

Jadi, jentera mewah ini diterima baik kerana prestasi, kemewahan, kualiti premium dan keselamatan yang mendahului kelasnya.

MAKAN malam yang romantik turut disediakan di The Banjaran.
MAKAN malam yang romantik turut disediakan di The Banjaran.

INFO

  • Hutan hujan tropika, mata air panas, gua batu kapur dan lata air terjun yang memagari persekitaran The Banjaran seluas 4.8 hektar itu wujud ratusan juta tahun lalu pada era dikenali zaman Permian.
  • Mendapan air tawar yang terlarut ratusan juta tahun membentuk formasi bukit batu kapur pada zaman purba era pertama, Paleozoic dan kini ia dikenali sebagai Gua Meditasi dan Gua Kristal.
  • Persekitaran bukit batu kapur turut dihiasi landskap resort atau melalui proses pemodenan paling minimum apabila 25 unit vila taman dan air serta kolam air panasnya, mampu menambat hati pengunjung.
  • Paling unik ialah pembinaan restoran mewah, Jeff's Cellar yang dibangunkan di dalam gua batu kapur The Banjaran! Lebih menarik keaslian atau formasi batu kapur berkenaan masih dikekalkan.
Berita Harian X