Isnin, 2 November 2020 | 12:59pm
Ketua Pegawai Pemasaran Alibaba Group, Chris Tung - FOTO Alibaba Group
Ketua Pegawai Pemasaran Alibaba Group, Chris Tung - FOTO Alibaba Group

Alibaba Group perkenal konsep baharu Festival Beli-Belah Global 11.11

ACARA tahunan terbesar Alibaba Group, Festival Beli-Belah Global 11.11 kembali dilancarkan secara maya menerusi aplikasi DingTalk pada 29 Oktober lalu. 

Sejak ia diperkenalkan pada 2009, Alibaba Group komited menambah baik perkhidmatan untuk memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pengguna.

Pada masa sama, Alibaba Group juga berusaha membantu peniaga dengan memperluas jangkauan pasaran bagi setiap produk.

Ketua Pegawai Pemasaran Alibaba Group, Chris Tung, berkata tahun ini dijangka lebih 800 juta pengguna akan menyertai festival beli-belah ini. 

Selain itu, lebih 250,000 jenama dan lebih dua juta produk baharu bakal membuat kemunculan sulung dalam festival tahun ini.

"Ini termasuklah barisan produk jenama mewah terkenal seperti, Prada, Cartier, Montblanc, Piaget, Balenciaga dan Chloe," katanya.

Lazada terajui pasaran Asia Tenggara

ImageNaib Presiden dan Ketua Wilayah Komersial Lazada Group, Jessica Liu - FOTO Alibaba Group

Sementara itu, anak syarikat Alibaba Group, Lazada menjadi yang pertama menjayakan festival beli-belah di enam negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia. 

Naib Presiden dan Ketua Wilayah Komersial Lazada Group, Jessica Liu, berkata festival tahun ini akan memperlihatkan jaringan lebih kukuh bagi rantau ini dengan kolaborasi Lazada bersama 70 jenama.

Festival 11.11 juga menjadi salah satu pemacu pertumbuhan industri utama negara memandangkan usahawan kecil dan sederhana tempatan turut mengambil bahagian bersama LazMall.

Setakat ini, keseluruhan rangkaian logistik Lazada di Asia Tenggara bersedia dengan 45 rakan logistik, termasuk 15 fasiliti gudang dan lebih 400 pusat pengendalian barang serta hab. 

Sebagai persediaan untuk penghantaran berskala besar, Lazada mempunyai lebih 40,000 gudang serta kakitangan logistik yang cukup untuk menyokong sekitar 20 kali ganda daripada jumlah penghantaran biasa untuk penjualan domestik dan rentas sempadan.

Aktiviti dan program menarik

Bagi memeriahkan lagi Festival Beli-Belah Global 11.11, Lazada ternyata tidak pernah mengecewakan pengguna dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan program menarik. 

Antara yang mencuri tumpuan ialah permainan eksklusif, Happy Bounce yang boleh diakses menggunakan aplikasi LazGames bermula 1 November.

Menerusi permainan itu, pelanggan berpeluang memenangi syiling dan baucar Lazada yang boleh digunakan untuk membeli-belah.

Selain itu, Lazada juga terkenal dengan penganjuran 11.11 Super Show yang menampilkan selebriti tempatan dari setiap negara. Lebih menarik, pelanggan berpeluang memenangi baucar eksklusif apabila mengikuti segmen berkenaan. 

Pada majlis sama, Lazada turut mengumumkan pelakon dan model terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho sebagai duta besar jenama serantau.

Permintaan dalam talian meningkat

ImagePresiden Import dan Eskport Tmall, Alvin Liu - FOTO Alibaba Group

Presiden Import dan Eskport Tmall, Alvin Liu, berkata sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, berlaku perubahan besar terhadap cara dan gaya hidup pengguna. 

"Lebih ramai memilih untuk membeli secara dalam talian, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada peniaga e-dagang untuk memenuhi permintaan," katanya. 

Beliau juga berpendapat, bahawa format baharu siaran langsung menjadi medium penting untuk Alibaba Group tahun ini, memberikan pengalaman membeli-belah tanpa had dan selamat kepada pengguna.

Berkongsi mengenai polisi penghantaran balik Tmall secara percuma pada 'Jualan Sehari' 11.11, Alvin berkata, pihaknya komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua rakan niaga.

Penghantaran lebih cekap

ImagePengurus Besar, Rangkaian Bekalan Global Cainiao, Rangkaian Cainiao, James Zhao - FOTO Alibaba Group

Selain itu, Rangkaian Bekalan Global Cainiao sebagai cabang logistik utama Alibaba Group juga sudah bersiap sedia dengan perkhidmatan penghantaran rentas sempadan. 

Pengurus Besar, Rangkaian Bekalan Global Cainiao, Rangkaian Cainiao, James Zhao, berkata Cainiao melabur dalam inovasi teknologi logistik seperti Automated Guided Vehicle (AGV), mesin pengumpulan bungkusan automatik dan gudang pintar bagi menampung jumlah pesanan yang lebih besar pada 11.11. 

Pelaburan itu berjaya menambah 60 peratus kecekapan penghantaran berbanding sebelumnya. Tahun lalu, Cainao berjaya memproses 1.8 bilion penghantaran bungkusan.

Dengan segala kemudahan dan persiapan yang dibuat, Alibaba Group yakin dapat mengendalikan kemasukan pesanan berskala besar pada 11.11 nanti.

Konsep baharu bantu peniaga

Memahami keadaan dan keperluan semasa, Festival Beli-Belah Global 11.11 tahun ini hadir dengan konsep serta pendekatan berbeza.

Jika sebelum ini festival itu sinonim dengan 'Jualan Sehari', kali ini Alibaba Group tampil dengan konsep 'ganda' iaitu membahagikan tempoh jualan kepada dua fasa.

Fasa 'Jualan Permulaan' berlangsung pada 1 hingga 3 November, manakala 'Jualan Utama' pula pada 11 November. 

Menerusi konsep baharu ini, peniaga mempunyai lebih banyak masa untuk meningkatkan jualan dan pengguna juga tidak terlepas peluang untuk membuat pembelian.

Seiring dengan peranan Alibaba Group dalam memacu industri global, penganjuran Festival Beli-Belah Global 11.11 tahun ini dijangka dapat membantu lebih banyak peniaga berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Festival Beli-Belah Global 11.11, layari www.alizila.com.

Berita Harian X