Isnin, 2 November 2020 | 10:50am
BIG Poin boleh dikumpul melalui perbelanjaan di rakan niaga AirAsia seluruh dunia menggunakan Kad Kredit AirAsia. - FOTO AirAsia
BIG Poin boleh dikumpul melalui perbelanjaan di rakan niaga AirAsia seluruh dunia menggunakan Kad Kredit AirAsia. - FOTO AirAsia

Tiga langkah mudah jadi BIG #BELILIONAIRE Asia seterusnya

PLATFORM gaya hidup komprehensif, BIG Loyalty terus memberi ganjaran ahli setia BIG di lebih 300 rakan niaga seluruh dunia meliputi kategori gaya hidup, pelancongan, servis kewangan, beli-belah, makanan, hiburan dan banyak lagi.

Ahli BIG boleh mengumpul BIG Poin melalui perbelanjaan di rakan niaga BIG Loyalty seperti pelancongan, gaya hidup dan servis perbankan seperti Agoda, Booking.com, Zalora, Lazada, Alliance Bank dan banyak lagi.

Tempahan tiket penerbangan, hotel, aktiviti, tawaran dan barangan OURSHOP di airasia.com juga melayakkan ahli BIG untuk mengumpul BIG Poin.

Ahli BIG juga boleh mengumpul BIG Poin melalui penukaran mata bank di semua institusi perbankan utama atau mata ganjaran kesetiaan lain seperti PETRONAS Mesra, Mydin, Samsung Rewards kepada BIG Poin.

Ketahui lebih lanjut mengenai BIG Loyalty di airasiabig.com.

Rebut peluang keemasan ini untuk menjadi BIG #BELILIONAIRE Asia yang seterusnya dengan pendaftaran Kad Kredit AirAsia. - FOTO AirAsia

Lebih hebat, ahli BIG boleh mengumpul BIG Poin lebih pantas dengan Kad Kredit AirAsia yang boleh didaftarkan sehingga 31 Disember 2020.

Setiap pendaftaran Kad Kredit AirAsia dalam tempoh itu melayakkan ahli BIG untuk menerima pulangan tunai sehingga RM125 tertakluk terma dan syarat, peti sejuk mini dengan minimum perbelanjaan runcit berjumlah RM500 dan dua kali ganda BIG Poin di samping mata ganjaran terkumpul dalam tempoh 60 hari.

Selain itu, ahli BIG turut akan menerima manfaat kekal sebagai pemegang Kad Kredit AirAsia seperti BIG Poin sebanyak 25,000, kosong peratus kadar faedah untuk pelan bayaran mudah sehingga 12 bulan, terkecuali daripada yuran tahunan seumur hidup dan boleh mengumpul BIG Poin lebih pantas dengan membuat perbelanjaan harian.

Kad Kredit AirAsia. - FOTO AirAsia

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Kredit AirAsia dan #BIGBELILIONAIRE, layari www.airasiacards.com.

Berita Harian X