Rabu, 14 Jun 2017 | 9:58pm

Harga minyak susut didorong lebihan bekalan

LONDON: Harga minyak susut selepas data industri menunjukkan peningkatan stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan OPEC melaporkan kenaikan dalam pengeluaran walaupun ia berikrar untuk mengurangkan pengeluaran.

Minyak mentah Brent susut 45 cents setong kepada AS$48.27 pada 0755 GMT. Minyak mentah AS 50 cent lebih rendah kepada AS$45.96.

Harga minyak mentah susut lebih 10 peratus sejak akhir Mei, ditarik jatuh oleh lebihan bekalan global yang berterusan meskipun langkah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran.

OPEC dan pengeksport lain seperti Russia bersetuju untuk meneruskan pengurangan pengeluaran hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) yang dilaksanakan akhir tahun lalu dan tidak menaikkannya sehingga akhir suku pertama 2018.

Namun, kepatuhan kepada pemotongan adalah di bawah penelitian dan kumpulan pengeluar berkata minggu ini bahawa output meningkat sebanyak 336,000 bpd pada bulan Mei kepada 32.1 juta bpd.

Stok minyak menghampiri paras tertinggi di sebahagian lokasi di dunia dan pengeluar yang bukan sebahagian daripada daripada perjanjian OPEC meningkatkan pengeluaran.

Bekalan minyak syal turut menolak pengeluaran minyak mentah AS sebanyak sekitar 10 peratus sejak tahun lalu kepada 9.3 juta bpd, tidak jauh di bawah pengeluaran pengeksport utama, Arab Saudi.

"Tinjauan minyak bergantung kepada keberkesanan pemotongan OPEC kepada kenaikan daripada minyak syal AS," kata Penganalisis Australia's Rivkin Securities, William O'Loughlin. - Reuters

Berita Harian X