Jumaat, 2 Jun 2017 | 9:38am

Lebihan bekalan seret turun harga minyak

SEOUL: Harga minyak susut hampir satu peratus pada sesi awal dagangan Asia hari ini.

Ia ditarik turun oleh kebimbangan terhadap lebihan global dalam bekalan minyak mentah meskipun kejatuhan lebih besar daripada jangkaan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Penanda aras global, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 39 cents atau 0.77 peratus kepada AS$50.25 setong pada 0039 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate juga susut 45 cents atau 0.93 peratus kepada AS$47.91 setong.

Data rasmi menunjukkan inventori minyak mentah di AS iaitu negara pengguna minyak utama dunia, susut mendadak minggu lalu selepas data eksport dan penapisan melonjak ke paras tertinggi.

Stok simpanan minyak mentah susut kepada 6.4 juta tong pada minggu 26 Mei, mengatasi jangkaan penganalisis untuk pengurangan sebanyak 2.5 juta tong. - Reuters

Berita Harian X