Khamis, 18 Mei 2017 | 4:49pm

UEM Sunrise miliki 5,260 hektar tanah simpanan

PENGERUSI UEM Sunrise, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan UEM Sunrise kesembilan di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim

PETALING JAYA: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise), pemaju hartanah tempatan memiliki keseluruhan bank tanah seluas 5,260 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar RM108 bilion untuk dibangunkan secara berperingkat dalam tempoh 30 tahun.

Sebahagian besar daripada simpanan tanah itu berada di Johor.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata syarikat masih berusaha mencari kawasan strategik lain yang berpotensi dibangunkan di dalam dan luar negara.

"Kami juga mempunyai simpanan tanah di Perak, Kuala Lumpur dan Selangor, selain Australia dan Afrika Selatan.

"Pada masa ini, pasaran terbesar pembangunan UEM Sunrise adalah di Johor iaitu lebih 50 peratus daripada keseluruhan projek dengan simpanan seluas kira-kira 4,046 hektar," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan UEM Sunrise kesembilan di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi UEM Sunrise, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Berita Harian X