Isnin, 8 Mei 2017 | 10:34am

Penutupan positif Wall Street bantu lonjak saham tempatan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, disokong oleh penutupan positif Wall Street pada Jumaat dan pengukuhan harga minyak mentah.

Pada jam 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.45 mata kepada 1,764.19 daripada paras penutup Jumaat iaitu pada 1,762.74.

Indeks dibuka 2.31 mata lebih tinggi kepada 1,765.05. Kaunter untung mengatasi rugi 215 kepada 100, manakala 216 kaunter tidak berubah dengan 1,220 kaunter tidak didagangkan dan 26 kaunter lain digantung.

Pendapatan 781.098 juta saham bernilai RM273.81 juta.

Berita Harian X