Jumaat, 28 April 2017 | 10:53pm

Saham AS dibuka tidak berubah

NEW YORK: Saham Wall Street tidak berubah pada awal dagangan hari ini.

Ia berikutan kebimbangan terhadap Korea Utara dan kelemahan laporan pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) mengimbangi laporan pendapatan kukuh daripada Amazon, ExxonMobil dan lain-lain.

Dalam tempoh 10 minit didagangkan, Indeks Perindustrian Dow Jones jatuh 0.1 peratus kepada 20,959.92.

Indeks meluas S&P 500 jatuh sedikit kepada 2,388.63, sementara Indeks Komposit Nasdaq naik 0.2 peratus kepada 6,063.15.

Perolehan daripada Amazon meningkat 41 peratus kepada AS$724 juta. Sahamnya meningkat 2.5 peratus.

ExxonMobil melaporkan bahawa pendapatan bersih suku pertama meningkat sekali ganda kepada AS$4.0 bilion berikutan harga minyak yang tinggi, sekali gus mengatasi jangkaan penganalisis.

Saham syarikat itu meningkat 1.2 peratus. - AFP

Berita Harian X