Jumaat, 28 April 2017 | 10:03am

Saham Asia lebih tinggi hari ini

SINGAPURA: Saham Asia meningkat lebih tinggi hari ini dan dilihat bersedia untuk penutupan mingguan yang kukuh ke atas perkembangan positif.

Sementara, euro pula susut selepas Bank Pusat Eropah menunjukkan tiada tanda-tanda mengenai program rangsangannya.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik selain Jepun meningkat 0.1 peratus, sekali gus meletakkan indeks berkenaan mengakhiri minggu sehingga 1.9 peratus, iaitu terbaik dalam tempoh enam minggu.

Bagi Indeks Nikkei Jepun, ia merosot 0.1 peratus berikutan pengeluaran perindustrian dan perbelanjaan isi rumah Mac jatuh lebih daripada jangkaan selain inflasi pengguna yang perlahan.

Namun, indeks berkenaan bersedia untuk mengambil keuntungan mingguan 3.3 peratus, paling kukuh sejak November.

Yen kekal kukuh pada 111.23 yen berbanding dolar, tetapi bersedia untuk mengakhiri mingguan yang lemah, dengan dolar mencatatkan kenaikan dua peratus.

Indeks dolar pula menokok 0.1 peratus kepada 99.198, tetapi bakal mengakhiri mingguan dengan susut 0.8 peratus. - REUTERS

Berita Harian X