Isnin, 24 April 2017 | 7:01pm

Harga minyak dunia kembali pulih

SINGAPURA: Harga minyak kembali pulih hari ini selepas mengalami kerugian besar minggu lalu didorong oleh jangkaan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) naik 32 cent atau 0.64 peratus tetapi masih di bawah AS$50 yang mana harga pada Jumaat lalu adalah AS$49.84 satu tong.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras minyak antarabangsa naik 35 cent atau 0.67 kepada AS$52.31 satu tong pada 0649 GMT.

Harga minyak jatuh mendadak minggu lalu disebabkan kedegilan pengeluar minyak dalam pengeluaran, walaupun OPEC dan beberapa negara pengeluar lain berikrar mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) selama enam bulan dari 1 Januari lalu.

Pengeluaran minyak mentah AS adalah pada 9.25 juta bpd, meningkat sebanyak 10 peratus sejak pertengahan 2016 dan menghampiri nilai pengeksport utama OPEC, Arab Saudi. - Reuters

Berita Harian X