Isnin, 17 April 2017 | 12:56pm

Sunway lantik pengurus besar baharu

pqc
pqc

KUALA LUMPUR: Sunway Hotels and Resorts melantik Castaldi Alex Rosario sebagai Pengurus Besar The Banjaran Hotsprings Retreat di Perak.

Dalam satu kenyataan, Sunway Hotels and Resorts berkata, Rosario memiliki 15 tahun pengalaman dalam industri hospitaliti mewah termasuk kejayaannya di Dubai, Bali, Rom dan Koh Samui.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Hotels and Resorts, Albert Cheong, berkata pelantikan itu akan membawa perspektif baharu dalam falsafah mewah dan maklumat bernilai kepada The Banjaran.

"Kami tidak sabar lagi untuk melihat inisiatif dan program baharu yang menarik yang beliau rancang untuk The Banjaran," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X