Khamis, 13 April 2017 | 10:34am

Brent susut 24 cent kepada AS$55.62 setong

SINGAPURA: Niaga hadapan minyak mentah susut untuk sesi kedua hari ini, bergerak daripada paras tertinggi satu bulan yang dicatat pada sesi terakhir susulan kenaikan inventori AS yang meningkatkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut 24 cent atau 0.4 peratus kepada AS$55.62 setong dalam dagangan Asia.

Ia melonjak kepada paras tinggi satu bulan iaitu AS$56.65 setong semalam sebelum susut.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate juga susut 23 cent atau 0.4 peratus kepada AS$52.88 setong.

Ia mencecah paras tertinggi sejak 7 Mac kepada AS$53.76 setong pada sesi terakhir.

Peniaga tertumpu kepada anggaran awal data pengeluaran AS dalam laporan mingguan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang menjangkakan pengeluaran domestik masih positif.

Laporan itu juga menunjukkan bekalan di hab minyak mentah AS di

Cushing, Oklahoma meningkat 276,000 tong minggu ini.

"Pengeluaran minyak AS meningkat kepada paras tertinggi lebih satu tahun sekali gus menjadikan harga minyak lebih lemah sehari selepas data EIA diumumkan," kata ANZ dalam satu nota penyelidikan.

- Reuters

Berita Harian X