Jumaat, 31 March 2017 | 10:53am

Ringgit dibuka rendah

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pada jam 9.23 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4220/4260 berbanding 4.4190/4220 semalam.

Dolar AS meningkat berikutan perdagangan teknikal dan persepsi positif mengenai perangkaan ekonomi AS yang kukuh.

"Paras 4.42 diuji sekali lagi, secara teknikalnya, mata wang tempatan berada dalam keadaan terlebih belian.

"Permintaan komersial akhir bulan daripada pengeksport akan menyokong ringgit daripada terus lemah," katanya.

Berbanding kumpulan mata wang utama, ringgit didagangkan hampir tinggi.

Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding euro kepada 4.7236/7296 daripada 4.7442/7488 semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1629/1662 daripada 3.1677/1703 semalam.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.9450/9497 daripada 3.9732/9763 semalam, tetapi jatuh berbanding pound kepada 5.5204/5285 daripada 5.4959/5014 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X