Jumaat, 10 March 2017 | 10:51am

Alibaba cari pembiayaan AS$5 bilion

HONG KONG: Alibaba Group Holding Ltd, gergasi e-dagang China, sedang berunding dengan bank untuk meraih pembiayaan baharu bernilai AS$5 bilion, kata sumber kepada Basis Point Thomson Reuters, ketika firma teknologi China kini giat untuk menambah dana masing-masing.

Alibaba meninjau peluang untuk meningkatkan dana luar pesisir melalui pinjaman segera dengan tempoh matang lima tahun.

Hasil pinjaman itu untuk digunakan bagi tujuan korporat am, termasuk pembiayaan semula, kata sumber.

Rancangan itu hadir sebagai tindak balas terhadap usaha pesaing utamanya, Tencent Holdings yang dalam proses untuk mengumpul sehingga AS$2 bilion dalam pembiayaan hutang baharu, menghangatkan lagi persaingan dalam kalangan firma internet domestik dan asing di negara itu.

Alibaba, paling dikenali untuk platform e-dagang Tmall dan Taobao, berkembang ke dalam pengkomputeran awan, data besar dan logistik.

Jurucakap Alibaba enggan mengulas mengenai rancangan itu. - Reuters

Berita Harian X