Khamis, 9 March 2017 | 10:51am

Dolar mengukuh di Asia

SYDNEY: Dolar mengukuh di Asia hari ini berikutan kadar hasil bon meningkat susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh sekali gus kenaikan kadar faedah menjadi hampir pasti, manakala harga minyak susut berikutan laporan mengenai peningkatan stok di AS.

Dengan saham tenaga yang berdepan dengan penurunan, indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.25 peratus.

Indeks utama Australia pula merosot 0.1 peratus, manakala sektor sumber susut hampir dua peratus.

Nikkei Jepun pula menokok 0.3 peratus.

Minyak jatuh lima peratus semalam, paras paling rendah tahun ini disebabkan peningkatan inventori minyak mentah AS berbanding rekod jangkaan.

Dalam dagangan awal, minyak mentah AS menokok 11 cents kepada AS$50.39.

Minyak mentah Brent belum diniagakan selepas jatuh AS$2.81 kepada $53.11 setong. - Reuters

Berita Harian X